Thursday, July 9, 2009

Myanmar Juga Milik Orang Melayu

http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/myanmar-juga-milik-orang-melayu.html


Myanmar Juga Milik Orang Melayu

CATATAN PERJALANAN: MYANMAR 3

PERJALANAN diteruskan. Kini kami ke rumah Ustaz Haji Mohd Yusof, bukan Muhammad Yusuf pemandu motosikal yang membawa saya ke sana itu. Dari Pulau Tongtong, ke Sepuluh Batu. Kampung yang di bawah pohon-pohon nyiur melambai-lambai, di atas tanah pasir putih bersih di tepi laut. Rumah papan tradional orang Melayu.

Disambutnya kami dengan mesra, saya memberitahu hasrat nak tahu mengenai orang Melayu Pulau Dua ini, setelah menjemput kami masuk, katanya... "Dulu sebelum bandar Pulau Dua yang ada sekarang menjadi pusat pemerintahan wilayah Kawthoung di Myanmar, pusat pemerintahannya adalah di Malay One.. beberapa batu lagi tambah jauh dari sini tinggalkan pekan Pulau Dua."

"'Malay One'! Melayu Satu, perkataan Inggeris??" Saya tanya.

"Ya. Inggeris menamakan tempat itu. Ertinya, Inggeris mengiktiraf orang Melayu sudah ada di sini." Jawabnya. "Nama Myanmar berasal dari istilah 'Myanma Naingngandaw' yang digunakan sejak abad ke 12 lagi. Tetapi asal-usulnya tidak begitu jelas." Menurutnya, nama itu digunakan semula dari nama sebelum itu 'Burma', pada 1989 dan telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, tetapi tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat dan Inggeris, United Kingdom kerana ia diperintah oleh kerajaan junta.

Bila saya lihat dalam Wikipedia, Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 sebagai 'Kesatuan Burma' . Kemudian bertukar kepada 'Republik Sosialis Kesatuan Burma' pada 4 Januari 1974. Akhirnya, sekali lagi bertukar kepada 'Kesatuan Burma' pada 23 September 1988. Maka pada 18 Jun 1989, Majlis Pelembagaan menukar nama kepada 'Kesatuan Mynamar' seperti yang ada sekarang.

Myanmar bersempadan dengan Republik rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930 km dikelilingi oleh pesisiran pantai dari keluasan Myanmar 678,500 km persegi. Negara terbesar di tanah benua Asia Tenggara dan ke 40 terbesar di dunia selepas Zambia, tetapi lebih kecil dari negeri Texas di Amerika Syarikat.

"Rumah dan tanah tempat kami duduk di pesisir pantai ini adalah warisan turun temurun dari banga Melayu, seingat saya." Katanya "Walaupun pada 1989 kerajaan junta tentera telah mengubah nama 'Burma' yang digunakan Inggeris kepada Myanmar, dan banyak tempat lain turut ditukar, termasuklah bandar Rangoon kepada Yangon, namun nama-nama Melayu di selatan Myanmar masih lagi kekal, walau ada juga akhir-akhir ini cubaan menukar dari nama-nama itu kepada nama dalam bahasa Myanmar."

"Contohnya??"

"Ya. Contohnya, Pulau Dua, Pulau Tongtong (binatang sejenis penyu), Sungai Gelama (ikan), Sepuluh Batu, Kepala Batu, Tanjung Badai, Pasir Panjang, Malay One, Cham Prong (dalam bahasa Siam bererti 'sekor gajah' tetapi penghuninya orang Melayu Thai), Teluk China, Teluk Besar, Mek Puteh (nama wanita Melayu), Sungai Balai, Pulau Balai, Pulau Cek Ali (Nama lelaki Melayu Islam), Tanjung Peluru, Teluk Peluru, Tanjung Gasi, Pulau Rotan Helang, Pulau Senangin dan banyak lagi.." Jelas Mohd Yusof lagi.

Sistem politik di Myanmar kini, di dikawal oleh Majlis Pembangunan dan Keamanan Negara yang menguasai kerajaan sejak 1992, dan dipimpin oleh kerajaan junta tentera di bawah Jeneral Than Shwe. Tentera Burma telah berjaya menguasai pemerintahan semenjak Jeneral Ne Win memimpin rampasan kuasa pada 1962 dan menumpaskan kerajaan awam pimpinan U Nu. Sepanjang pemerintahan Empayar British sehingga 1948, Burma terus berhadapan dengan masalah ketegangan kaum. Kebudayaan Myanmar, seperti jirannya juga, berasaskan kepercayaan Buddha Theravada dengan ubahsuai dan tambahan elemen tempatan.

Begitulah kira-kira maklumat yang saya dapati setelah beberapa jam berziarah di rumahnya. Satu bukti, bumi dan negara Myanmar juga adalah milik bangsa Melayu. Saya bangun dan terlangak-langak mencari sesuatu di dalam rumahnya. "Kenapa?" Tanya isteri Mohd Yusof kepada saya.

"Saya nak cari bilik air, nak berwuduk. Nak sholat dah agak lewat ni!!"

"Oh! Di belakang rumah ini ada perigi... Tolong tunjukkan!" katanya pada suaminya.

Ya. Saya pun ke pergi belakang rumah menggunakan perigi. Terbayang saya sewaktu kecil-kecil, menceduk air dari perigi kira-kira 30 ke 40 tahun dulu di kampung Balik Pulau Pulau Pinang. Hampir macam inilah, keadaannya. Menceduk dan mengangkut air, suatu kerja menolong ibu waktu kanak-kanak yang paling saya malas dan bosan...

Wednesday, July 8, 2009

Datuk Seri ngan beruk


Beruk Mek Wok mati....Datuk Seri sedih..

KERATAN Kosmo! 4 Julai 2009.

MELAKA – Belum pun sempat membantu mempromosikan negeri ini, Mek Wok – yang merupakan beruk pertama diterima untuk membantu usaha kerajaan negeri menjadikan aktiviti memetik buah kelapa sebagai tarikan terbaru pelancongan di Melaka – didapati mati pagi Ahad lalu.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau sedih dengan kematian beruk betina berusia hampir tiga tahun yang baru diterimanya itu.
“Jumaat lalu, saya menerima Mek Wok dan ia sempat memetik buah kelapa di rumah saya.
“Tiba-tiba dua hari selepas itu, Mek Wok mati sebelum ia sempat mempromosikan aktiviti memetik buah kelapa yang dirancang menjadi satu lagi produk pelancongan di negeri ini,” katanya di sini semalam.


Salah guna harta kerajaan negeri :-
  1. Beruk bawak balik rumah!
  2. Gunakan panjat kelapa belakang rumah!
  3. Mati la pulak...
Banyak salah Datuk Seri nie.... lu kena beli beruk baru ganti laaaa...

Tuesday, July 7, 2009

Antara sebab kenapa pejuang2 Pattani ingin merdeka..

Nasib Patani…..Quo Vadis?July 1, 2009

http://patanikini.wordpress.com/

Nampaknya mutakhir ini banyak suara-suara simpati dan peka dengan keresahan dan keperitan yang dialami oleh bangsa Melayu/Islam Patani.Pihak patanikini dan rakyat Patani cukup berterima kasih diatas nasihat dan pandangan yang diberi oleh para pembaca terutamanya dari Malaysia dan Indonesia.Pelbagai saranan dan pandangan yang telah diberi oleh para sahabat terutamanya dari para pelayar blog patanikini.

Diantaranya yang paling kerap ialah yang menggalakkan orang-orang Patani supaya teruskan jihad bersenjata dan jangan mundur dan lemah diatas segala halangan dan kezaliman yang dilakukan oleh penjajah Siam.Ada yang mencadangkan supaya para pejuang meletak kan senjata dan memberi peluang kapada keamanan dan memulakan perundingan dengan pihak penjajah Thai.Sebenarnya ada beberapa perkara atau fakta yang tidak di sedari oleh orang-orang luar atau sahabat-sahabat tentang permasaalahan Patani ini. Ada yang bertanya sudah berapa ratus tahun orang-orang Patani berperang dan sanggup berperang? Kerana dengan segala kekurangan yang ada apa munkin kah kita dapat menandingi Kekuatan kemajuan Thai yang mendapat sokongan dari semua pihak. Dan tindakan pejuang-pejuang Patani ini seolah-olah melambung wang syiling dan membuat pilihan antara BUNGA dan KEPALA !

Ada beberapa perkara dan fakta yang pihak kami rasa harus dibentangkan disini kapada para pembaca dan penyokong. Pertama Patani jatuh pada tahun masehi 1786 setelah beratus-ratus tahun berperang dengan bangsa Thai.Patani sentiasa menang dalam peperangan sebelumnya.bahkan tentera Patani pernah mengalahkan benteng Ayuthia ! Kekalahan yang terakhir itu adalah kerana konspirasi dan pengkhianatan dari dalam pimpinan Patani sendiri. Sejak dari tarikh kekalahan itu Patani begitu lemah kerana sebahagian besar dari askar-askarnya telah ditawan dan di cucuk keting(kaki) dan di bawa ke Bangkok. Yang ditinggalkan adalah orang-orang tua perempuan dan kanak-kanak yang telah bunuh oleh askar Siam sebanyak 30000 orang dengan menelentang kan mereka-mereka ini di atas jalaraya dan di pijak dengan gajah Secara kejam.!!!

Selepas dari tarikh tersebut kebangkitan sering berlaku tapi secara kecil-kecilan. Sekali sekala mereka melakukan pembasmian beramai-beramai secara kejam.Negara Patani pernah berdamai dengan Siam dengan membayar bunga emas sebagai perlindungan. Hasil dari tidak melawan dan berhenti berperang ini Siam dengan galakan dari penjajah Inggeris telah pada tahun 1902 mengishtiharkan Patani sebagai sebahagian dari bumi Thai. Pada tahun1909 telah diadakan perjanjian Anglo-Bangkok diantara Inggeris –Siam tanpa memaklumkan pada Raja-raja melayu pada masa itu.

Rakyat Patani mula bangkit semula sehingga membawa kapada berbagai-bagai peristiwa pembunuhan kejam oleh Siam yang tidak dapat di lupai oleh bangsa Melayu Patani!!!!

Pada permulaaan kemasukan Jepun ka-Tanah Melayu melalui Siam pihak Inggeris telah minta bantuan Tengku Mahmud Mahyidin (anak raja Patani) yang terkenal dengan gelaran harimau Malaya untuk menyiapkan pasukan gurilla yang di kenali sebagai Force 136. Banyak orang –orang Patani terlibat dalam pasukan ini.Inggeris menjanjikan akan menyatukan Patani dengan persekutuan tanah melayu jika berjaya mengalahkan Jepun. Selepas perang ketika pihak inggeris bersdia melaksanakan janji mereka tiba-tiba Amerika menghalang kerana bimbang Siam akan memihak pada blok Komunis.Selepas itu Tengku Mahmud Mahyidin telah dibunuh secara diupah pembantunya memberi racun kedalam makanannya!!!!.Haji Sulong juga telah dibunuh dengan kejam oleh Siam tanpa diketahui dimana kubornya. Selepas itu bermula lah kebangkitan orang-orang Patani secara tersusun dan terancang.Seandainya dimasa itu wujud nya setikawan Bangsa Melayu dari pemerentah Malaya sudah tentu Patani tidak terbiar saperti hari ini.Kebangkitan ini berperingkat. Bermula dari memujuk tokoh-tokoh gedeber( bandit) dan memberi kefahaman perjuangan kapada mereka sehingga lah dapat dibentuk suatu tentera yang terdiri dari anak-anak muda yang terlatih.Perjuangan mula menurun pada tahun 90 puluhan apabila berlaku gerakan masjid kerisik yang juga didalangi oleh pemimpin pejuang yang berpakat dalam suatu pakatan yang di namakan PRC.

Setelah pemerentah Thai mengganyang pergerakan masjid kerisik kumpulan Wahdah,sebuah kumpulan ahli-ahli politik melayu yang bekerjasama dengan Chaovalit dalam partai Harapan Baru mengambil kesempatan dengan alasan untuk membila nasib pejuang-pejuang masjid kerisik.Mereka berjaya menggunakan sel-sel yang telah dibentuk oleh pergerakan masjid kerisik.Dari hari itu hampir seluruh masyarakat Patani telah sekali lagi memberi peluang pada keamanan untuk membila nasi rakyat Patani. Kumpulan Wahdah berjaya membina sel-sel mereka sehingga pada keseluruhan tahun 90 han orang -orang Patani telah hampir-hampir menolak jalan Jihad sebagai perjuangan mereka kerana begitu yakin dengan pembelaan dari kumpulan wahdah yang mendapat tempat istimewa disisi penjajah Thai.

Kedudukan orang-orang melayu agak maju sehingga saudara Wan Mohd Nor Mattar pernah dilantik sebagai Menteri Dalam negeri dan Timbalan Perdana Menteri.Perkara ini tak pernah berlaku dalam sejarah orang-orang Patani. Hampir seluruh pembesar-pembesar melayu memberi kepercayaan penuh pada penjajah Thai.

Rupa-rupa nya pihak Thai tidak senang dengan perkembangan terbaharu ini,terutamanya golongan tentera.Kerana bagi tentera jika Negara aman akan hilanglah sumber pendapatan yang besar bagi Jeneral-jeneral mereka.Selepas itu mereka mula mencipta berbagai masaalah dikawasan Patani. Sehingga lah berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap-pemuda yang hanya bersenjatakan parang didalam masjid kerisik pada April 2004 !! Mereka menyerang masjid dengan disaksikan oleh rakyat Patani disekitar masjid Kerisik!!.Mereka menyerang masjid seolah-olah satu peperangan yang besar untuk membunuh orang-orang yang tak bersenjata.!!!!

Pada bulan oktober 2004 mereka melakukan pembunuhan yang lebih kejam.Pembunuhan dilakukan kan keatas penunjuk-penunjuk perasaan yang hanya inginkan jawapan dari penjajah tentang apa yang berlaku keatas enam orang pengawal kampung yang telah ditangkap beberapa hari sebelumnya. Penunjuk-penunjuk perasaan ini di tindas saperti binatang .Hampir seribu orang telah hilang dalam tunjuk perasaan salama enam jam itu.Berbanding dengan tunjuk perasaan ganas oleh bangsa mereka di Bangkok yang berjalan selama empat bulan hanya beberapa orang sahaja di tembak mati.!!!!

Sejarah tentera Thai ini dari dahulu hingga sekarang tidak pernah melayan orang-orang Patani sabagai manusia.Hampir setiap hari orang-orang yang di syakki sebagai pejuang di culik,samaada dibunuh atau di penjara.

Pihak kami mempunyai senarai 1500 anak-anak yatim yang bapa-bapa dan ibu mereka dibunuh oleh tentera Thai sejak dari tahun 2004.

Kami orang-orang Patani juga cinta kan keamanan.Kami juga mahu memajukan bangsa kami saperti bangsa-bangsa lain didunia. Tentang saranan dari saudara Kongkolou supaya pihak kami meletak senjata dan mulakan perundingan dengan bantuan dari pihak Malaysia adalah di alu-alukan. Kami yakin munkin saudara Kongkolou adalah salah seorang pegawai yang sentiasa memujuk pemimpin-pemimpin Patani menerima tawaran damai.Alasan beliau ialah kerana Malaysia tidak akan membantu orang-orang Patani dalam bidang militer atau perang.Kami juga yakin demikian kerana kami yakin Malaysia merasakan ia akan rugi jika Patani diberi kemerdekaan.Kalau nak katakan Malaysia tak pernah membekalkan senjata pada mana-mana pihak, kami tak setuju. Munkin saudara Kongkolou tidak tahu tentang apa yang berlaku dalam proses pembesaran MNLF tahun 1972 dahulu!!!!

Dalam rekod kemanusian terhadap rakyat Patani pun ada cerita-cerita menarik juga.Kami tidak pernah meminta Malaysia membekalkan senjata kapada kami.Kami hanya sekadar memohon membenarkan kami tinggal di Malaysia sementara waktu .Dibenarkan mencari rezeki dan memberi peluang pada anak-anak kami untuk belajar dan mengambil peperiksaan.!!!!

Sudah berapa banyak pejuang-pejuang kami yang ditangkap oleh Polis Malaysia kemudian diserah kapada polis Thai hanya untuk terus dibunuh.Yang lebih menarik lagi ada orang-orang kami yang tidak diizin tanam ditanah perkuboran bila meninggal dunia.

Saudara kongkolou merujuk kapada Palestin dan Moro yang sudah memulakan perundingan damai.Harus dingatkan perbezaan perjuangan Palestin,Moro dengan Patani adalah mereka(Palestin) disokong dan dibantu oleh seluruh Negara-negara Arab dan Negara-negara Islam!!! Mereka tak pernah bersendirian. Begitu juga Moro(mereka yang telah dibantu oleh Tun Mustapha yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama satu hari !!)ada godfather.Tapi kami yang mempunyai saudara mara lebih dari 250 juta ummah di nusantara tak dapat di pasti dipihak mana mereka akan berada!!!.

Adakah saudara Kongkolou mengetahui apa yang berlaku di Langkawi tiga tahun yang lalu.Orang-orang kami dipaksa menandatangani satu peristiharan taat setia pada Raja Thai tanpa syarat dan dilarang menuntut kemerdekaan atau otonomi sekalipun. Itu penghinaan yang tak dapat di lupakan.!!!!

Memang kami dahagakan keamanan.Dan kami tidak akan menolak perundingan jika tawaran ini benar-benar datang dari penjajah Thai secara ikhlas.Tapi apa yang berlaku selama ini pembesar-pembesar mereka sering menegaskan tidak akan berunding denga kami kerana ini akan di anggap mengiktirafkan kami sebagai pejuang dan pihak yang menuntut kemerdekaan Patani. Yang berlaku sekarang hanya desakan dan pujukan dari pihak Malaysia.

Selagi pihak tentera Thai masih merasakan peperangan di Patani itu sebagai punca rezeki mereka selama itulah perdamaian tak akan tercapai di bumi Patani. Sila Jawab persolan ini:-

Pertama kenapa kah mereka(Siam) tidak rebut peluang yang kami beri selama empat belas tahun (1990-2004) untuk memulakan proses damai waktu itu.Kenapa baru sekarang setelah kami mula bangkit baru sibok dengan perdamaian?

Kedua oleh kerana Perdana Menteri Sorayud telah terang-terang mengaku salah diatas pembunuhan masjid kerisik dan Tabal bagi pihak herajaan Thai dan sanggup menghukum mereka-mereka yang bersalah,kenapakah baru-baru ini mahkamah senggora mengishtiharkan tidak ada sesiapa yang bersalah dalam trajedi itu.

Macam mana mahu mulakan perundingan jika segala janji-janji masih belum di kota dan selagi mereka menganggap kami bukan manusia yang layak duduk di meja perundingan,

Bagaimanakah kami munkin memberi kepercayaan terutama kapada OIC jika negara Thai yang mengganas terhadap orang-orang Patani diberi taraf pemerhati sedang kan orang Patani tak di benar masuk pun.

Tentang pertanyaan samaada kami boleh bertahan lama atau tidak ini suatu persoalan yang sangat menarik.Untuk makluman umum kami ini mujahidin ,iaitu pejuang-pejuang yang ingin mempertahan kan ugama Islam.Oleh itu kami tidak fikir tentang diri kami. Yang kami fikir hanyalah untuk membela ugama allah….selebihnya allah swt yang menentukan segala-galanya.Kalau dapat kemenangan ini suatu bonus tapi kalau kalau kami mati insyaallah syahid.!!!! Allah berfirman bermaksud ‘Jika kamu bantu ugama allah ,dia akan menolong kamu dan mengukuhkan tapak-tapak kaki kamu!

Kami sangat-sangat berterima kasih diatas segala nasihat dan saranan oleh para pembaca .Tolong doakan kami semoga diberkati dan sentiasa mendapat bimbingan dari allah swt.