Wednesday, December 30, 2009

MASALAH BANGSA MALAYA (MALAYSIA)

(Teks ceramah Abdullah C.D. yang disampaikan pada 24 Julai 1988)


Dalam sejarah benua Asia terdapat tiga wilayah besar iaitu Alam Melayu, China dan India, masing-masing dengan sejarah yang lama dan peradaban yang kaya raya. Tiga wilayah ini merupakan tempat tumbuh dan berkembangnya tiga bangsa besar dalam sejarah Asia iaitu Melayu, China dan India, masing-masing dengan tamadunnya yang terkenal dari timur hingga ke barat.

Seperti kita ketahui, dalam sejarah orang Melayu adalah pengasas masyarakat bertamadun negara kita. Mereka telah melampaui masyarakat primitif, kemudian masyarakat perhambaan serta masyarakat feudal. Dalam perjalanan sejarah yang panjang ini, bangsa Melayu telah terbentuk secara beransur-ansur iaitu dalam proses peralihan daripada masyarakat primitif ke masyarakat berkelas, daripada kumpulan pertalian darah atau perseikatan suku kepada negara. Menurut pandangan historikal materialisme, peralihan ini memulakan langkah pertama ke arah pembentukan bangsa. Demikianlah muncul bangsa Melayu di panggung sejarah sebagai satu komuniti manusia yang mantap yang terbentuk dalam sejarah dengan bahasa bersama, wilayah bersama, kehidupan ekonomi bersama serta unsur psikologi bersama yang diperlihatkan dalam kebudayaan bersama di rantau Alam Melayu ini.

Dari zaman Kerajaan Funan termasuk Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit, bangsa Melayu menganut agama Hindu dan Budda. Akan tetapi apabila Islam tersebar ke Alam Melayu khasnya setelah berdirinya Kerajaan Melaka pada tahun 1400, orang Melayu telah memeluk agama Islam. Sungguhpun begitu, tradisi sosiobudaya Hindu-Budda masih banyak mempengaruhi masyarakat Melayu khasnya dalam adat resam, kesenian, kesusasteraan Melayu klasik dan lain-lain.

Perkembangan bangsa tak terpisahkan daripada perkembangan masyarakat khasnya perkembangan ekonomi, politik, kebudayaan dan bahasa masyarakat itu. Begitu juga perkembangan bangsa Melayu. Pada zaman Kerajaan Melaka yang masyhur dengan kemakmuran ekonominya serta utuh kekuatan politik dan masyarakatnya, bangsa Melayu terus berkembang sebagai bangsa yang merdeka dengan tamadun yang tinggi. Dalam zaman ini telah berkembang hasil-hasil seni, sastera, muzik, tarian, seni ukir, seni bina dan lain-lain. Hasil-hasil ini selain mewarisi ciri-ciri bangsa Melayu sebelumnya, kini mula mencerminkan ciri-ciri baru tradisi Islam Timur Tengah yang digemblengkan dengan tradisi tempatan. Ciri-ciri Islam ini istimewa menonjol dalam wajah rohaniah bangsa Melayu sampai ke hari ini.

Akan tetapi, di depan pencerobohan dan pendudukan kuasa-kuasa penjajah asing khususnya kuasa-kuasa penjajah barat - Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jepun - Alam Melayu tidak dapat memelihara keutuhannya. Alam Melayu sebahagian demi sebahagian telah dilapah-lapah dan dibelah bahagikan menurut lingkungan pengaruh kuasa-kuasa penceroboh tersebut sehingga terbentuklah negara-negara yang berlainan dan bangsa-bangsa yang berlainan berdasarkan syarat-syarat sejarah yang baru yang dapat kita lihat Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lain. Satu unsur penting yang sama yang melahirkan baik bangsa Malaya (Malaysia) mahupun bangsa Indonesia atau bangsa Filipina ialah perang yang berjangka panjang serta perjuangan-perjuangan bentuk lainnya melawan pencerobohan asing dalam mewujudkan negara bangsa yang merdeka dan berdaulat. Dalam proses perjuangan itu terbentuklah kesedaran nasional bersama yang menggemblengkan penduduk-penduduk dalam wilayah masing-masing itu.

Di Tanah Melayu, bangsa Melayu telah dijajah oleh kuasa barat sejak 1511 lagi. Pencerobohan kuasa-kuasa asing telah mengubah masyarakat negara kita dari masyarakat feudal menjadi masyarakat tanah jajahan dan setengah feudal. Bangsa Melayu telah mengalami perubahan yang sangat besar iaitu daripada bangsa yang unggul dan merdeka yang telah mencapai taraf tamadun tertentu menjadi bangsa yang terjajah dan tertindas. Sebagai bangsa yang terjajah dan tertindas, orang Melayu terus mengalami pukulan-pukulan yang berat dan kemunduran besar dalam ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, bahasa dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian demi mengembalikan kemerdekaan tanah air dan maruah bangsa, orang Melayu telah melancarkan perang patriotik dan perang tani yang masyhur dalam sejarah - dengan demikian terbentuklah tradisi patriotisme bangsa Melayu.

Sejak paruh kedua abad ke-19, masyarakat Tanah Melayu telah berubah menjadi masyarakat berbilang kaum. Orang Cina dan India di Malaya berasal daripada dua bangsa terbesar di Asia. Mereka dibawa masuk secara besar-besaran ke Malaya untuk menjadi lembu perahan kaum kapitalis monopoli British dan lain-lain di lombong-lombong, estet-estet, jalan-jalan raya dan jalan kereta api, pelabuhan-pelabuhan dan sebagainya. Setelah berada di Malaya, mereka hidup dan bekerja di satu alam material dan rohaniah yang baru, yang berbeza sama sekali dengan tempat asal mereka. Melalui beberapa dekad tinggal di sini, mereka beransur-ansur menjadi mantap sebagai tenaga produktif yang maju serta komponen penting masyarakat Malaya. Dengan demikian lahirlah kelas proletariat di Malaya.

Perubahan ekonomi dan masyarakat secara besar-besaran ini telah membawa perubahan baru kepada perkembangan bangsa di sini. Malaya tidak lagi menjadi negeri yang didiami orang Melayu atau Orang Asli semata-mata, tetapi didiami bersama oleh kaum Cina dan India yang sudah memutuskan ikatan politik mereka dengan negara asal serta menjadikan negara ini tempat tumpah darah mereka dan tumpuan taat setia mereka.

Di bawah syarat-syarat sejarah dan material baru inilah, bukan saja orang Cina dan India berubah, dan berkembang menjadi komponen bangsa yang baru di Malaya, tetapi juga bangsa Melayu pun turut berubah sama menjadi bangsa Malaya. Akan tetapi, oleh kerana masyarakat Tanah Melayu atau Malaya merupakan masyarakat terjajah, bangsa Malaya yang berbilang kaum tidak dapat berdiri tegak dan berkembang makmur sebagai satu kesatuan yang utuh dengan perpaduan nasional yang erat. Hanya melalui perjuangan bersama dalam masa yang panjang menentang penjajahan asing dengan berlandaskan patriotisme Malaya khasnya melalui Perang Pembebasan Nasional Anti-Jepun dan Perang Pembebasan Nasional Anti-British, barulah bangsa Malaya beransur-ansur terbentuk dan bersatu hingga tercapainya kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Perjuangan bersama rakyat semua kaum serta parti-parti patriotik-demokratik telah berjaya menamatkan kekuasaan penjajahan di tanah air kita yang wujud selama lebih 400 tahun serta lahirlah bangsa Malaya.

Proses kelahiran bangsa Malaya yang berbilang kaum ini boleh diringkaskan sebagai berikut:

1. Orang Melayu telah melancarkan perang-perang patriotik dan perjuangan-perjuangan adil lainnya melawan kaum penjajah demi kemerdekaan tanah air sejak tahun 1511 lagi dan telah membentuk tradisi patriotisme Melayu.

2. Setelah terbentuknya masyarakat berbilang kaum sejak paruh kedua abad ke-19, rakyat berbilang kaum telah bersama-sama menciptakan kekayaan masyarakat. Kerana dorongan dari gerakan kemerdekaan seluruh dunia khasnya revolusi China, revolusi Indonesia, gerakan kemerdekaan India dan lain-lain, kaum proletariat Malaya (khasnya anasir maju kelas buruh Cina) telah mendirikan Parti Komunis Malaya pada tahun 1930. Kerana dorongan gerakan kemerdekaan tersebut juga, golongan terpelajar Melayu yang terdorong dengan semangat patriotisme dan demokratik telah menubuhkan KMM pada tahun 1937. KMM adalah parti politik nasionalis Melayu yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu.

3. Setelah meletusnya Perang Dunia Kedua pada Disember 1941, PKM telah melancarkan perjuangan bersenjata melawan Jepun. Dalam pada itu KMM bekerjasama dengan Jepun. Bulan Jun 1942 diharamkan.

4. Pada tahun 1945 PKMM telah didirikan untuk meneruskan perjuangan KMM. PKMM dengan lantang mengemukakan semboyan merdeka sebagai dasar perjuangannya. Ia telah menggembleng kekuatan-kekuatan patriotik-demokratik iaitu nasionalis, agama dan sosialis. Pada tahun 1945, golongan pertengahan telah mendirikan UMNO dengan semboyan Hidup Melayu. Dasar perjuangannya ialah menyatukan bangsa Melayu tetapi menentang kemerdekaan. Ketika itu telah muncul dua aliran besar dalam sejarah bangsa Malaya iaitu PKMM yang mewakili golongan patriotik-demokratik dari aliran nasionalis, agama dan sosialis yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air dengan UMNO yang didirikan oleh golongan pertengahan Melayu yang bekerjasama dan memihak penjajah. Pada tahun 1947 berdirilah front persatuan PUTERA - AMCJA yang terdiri daripada berbilang kaum dan berbagai aliran patriotik-demokratik berjuang untuk kemerdekaan dengan berlandaskan patriotisme Malaya secara berperlembagaan dan menggubal 10 PRINSIP PERLEMBAGAAN RAKYAT yang mencerminkan hasrat semua kaum di Malaya. Ketika itu UMNO yang dimenangi oleh penjajah telah mendapat saingan yang amat berat. Perjuangan bangsa Malaya untuk kemerdekaan telah membahana ke seluruh negara.

5. Pada 20 Jun 1948, penjajah British telah mengharamkan semua pertubuhan patriotik-demokratik serta menangkap para pemimpin dan anggotanya. Perlu dijelaskan di sini bahawa pengharaman semua parti tersebut telah memungkinkan UMNO menjajakan dirinya tanpa sebarang saingan. Kerana gerakan patriotik-demokratik menghadapi tekanan hebat, PKM bersama sebahagian anggota PKMM telah melancarkan perang melawan penjajah British manakala sebahagian anggota pertubuhan patriotik demokratik lainnya meneruskan perjuangan dengan mendirikan parti-parti baru atau memasuki UMNO. Dengan demikian arus kemerdekaan mula melanda dalam tubuh UMNO. Mulai dari saat itu UMNO mengubah semboyan Hidup Melayu kepada Merdeka. Pada tahun 1955 berlangsung pula Perundingan Baling untuk menamatkan peperangan dan mewujudkan perdamaian antara PKM dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Akan tetapi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang masih ditunjangi penjajah ketika itu tidak memberikan jalan kepada golongan patriotik-demokratik untuk sama-sama memperjuangkan kemerdekaan secara berperlembagaan.

6. Pada 31 Ogos 1957, penjajah British terpaksa mengakui kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada UMNO. Dengan demikian lahirlah bangsa Malaya yang merdeka melalui perjuangan bersama yang bertumpah darah dalam masa panjang oleh rakyat berbagai kaum. Ini telah membuka lembaran baru dalam sejarah tanah air kita. Tetapi kemerdekaan ini tidak sempurna, perang tidak dapat ditamatkan. Bangsa Malaya harus terus berjuang untuk kemerdekaan penuh dan pembebasan sejati bangsa, tanah air dan rakyat.

II

Masalah bangsa harus dibentangkan dari sudut sejarah dan ekonomi. Masalah bangsa hanya dapat diselesaikan jika ia dipandang daripada dan dihubungkan dengan syarat-syarat sejarah yang wujud dalam bangsa itu sendiri. PKM dalam pernyataan 18 Jun merumuskan bahawa "orang Melayu adalah pengasas masyarakat tamadun negara kita, adalah kaum yang paling lama sejarahnya dan agak ramai penduduknya di negara kita. Orang Melayu pernah memainkan peranan yang penting dalam sejarah perjuangan anti-penjajah. Kita harus menghormati kedudukan istimewa orang Melayu di negara kita dan melindungi hak dan kepentingan orang Melayu yang semestinya". Seterusnya pernyataan tersebut menegaskan: "orang Cina dan orang India merupakan komponen utama dalam keluarga besar negara kita yang berbilang kaum. Mereka juga mempunyai penduduk yang ramai dan telah membuat sumbangan yang positif dalam menciptakan kekayaan masyarakat dan memperjuangkan kemerdekaan negara. Kita harus menghormati kedudukan penting orang Cina dan orang India di negara kita dan melindungi hak dan kepentingan wajar mereka. Selain itu kita juga harus memperhatikan tuntutan-tuntutan munasabah kaum-kaum minoriti." Formula ini dirumuskan berdasarkan ciri-ciri khusus masyarakat negara kita denganbertolak daripada prinsip mencari kebenaran dari kenyataan.

Bangsa berkembang seiring dengan perkembangan masyarakat, maka ia mempunyai sifat dan isi yang berlainan dalam masa sejarah yang berlainan dan di bawah syarat-syarat yang berlainan. Bangsa juga berubah seiring dengan perkembangan terus-menerus masyarakat umat manusia. Perkembangan bangsa serta hubungan bangsa paling pokoknya ditentukan oleh perkembangan tenaga produktif masyarakat dan pembahagian kerja dalam masyarakat serta oleh dasar material masyarakat.

Setelah merdeka, masyarakat negara kita telah mengalami perubahan-perubahan besar baik di bidang ekonomi mahupun politik, sosial, bahasa, pendidikan dan lain-lain. Ini telah mempengaruhi dengan nyata sekali perkembangan bangsa di negara kita.



1. Ekonomi: Dalam masa penjajah British, kedudukan ekonomi masing-masing kaum ditentukan secara ketara oleh British. Orang Melayu tinggal di desa-desa menjadi petani atau nelayan, mengerjakan sawah padi, menoreh getah ataupun menangkap ikan manakala orang Cina dan India bekerja di lombong-lombong dan estet-estet sebagai buruh. Ketiga-tiga kaum ini hidup secara terpisah-pisah dan kurang sekali interaksi serta pergaulan antara mereka. Di segi pembangunan ekonomi kapitalis tanah jajahan, proletariat Cina dan India merupakan jumlah terbanyak tenaga produktif.

Selepas merdeka, khasnya selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, keadaan masyarakat berubah dengan agak pesat sekali. Orang Melayu yang dulunya kebanyakan tinggal di desa kini membanjiri kota-kota mencari pekerjaan. Proletariat Melayu lahir dan membesar dengan tiada taranya. Dengan demikian kelas buruh negara kita telah berubah menjadi berbilang kaum, bercampur gaul dan bersatu dalam pekerjaan dan perjuangan bersama. Di segi penguasaan ekonomi, kelas kapitalis birokrat dan komprador Melayu sudah menguasai 30 peratus sektor korporat negara manakala selebihnya dikuasai oleh kapitalis besar asing serta kapitalis-kapitalis besar Cina dan India. Perubahan ekonomi dan sosial ini menjadikan kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan lain-lain yang dulunya lebih bersifat majoriti penduduk Cina sekarang sudah berubah menjadi berbilang kaum dengan bertambah ramainya penduduk Melayu. Pembandaran yang pesat ini telah mendorong pergaulan yang lebih kerap antara berbagai kaum di negara kita.

2. Tanah: Dulu di zaman penjajah, hanya orang Melayu yang mempunyai geran khas atas tanah di samping wujudnya Tanah Simpanan Melayu. Orang Cina dan India hanya diberikan tanah TOL, iaitu Lesen Tumpangan Sementara. Dalam masa Perang Anti-British, kira-kira 1.5 juta penduduk, kebanyakannya orang Cina dipindahkan secara paksa ke dalam kem-kem kurungan yang kemudian berubah menjadi "kampung baru". Selepas merdeka, berjuta-juta penduduk dipindah memasuki rancangan kemajuan tanah seperti Felda, Felcra, Kesedar, Ketengah, Dara, Kejora, Projek Johor Barat serta Jengka Tiga Segi. Rancangan-rancangan tanah ini kebanyakannya disertai oleh orang Melayu, namun dalam masa kebelakangan ini, lain-lain kaum juga diterima masuk menyertainya. Melalui perjuangan berjangka panjang, orang Cina dan India juga beransur-ansur diberi hak milik atas tanah dengan mendapat geran kekal, bukan lagi semata-mata tanah TOL. Ini membawa perubahan kepada perkembangan bangsa di negara kita.

3. Bahasa: Bahasa merupakan salah satu syarat terpenting bagi perhubungan dalam bangsa itu. Sebelum merdeka, berbagai kaum menggunakan bahasa Melayu pasar sebagai alat berhubung dan bergaul. Kalangan yang berpendidikan barat pula menggunakan bahasa Inggeris. Selepas merdeka, seiring dengan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dan demi memenangi sokongan orang Melayu, kerajaan telah mengembangkan pendidikan dalam bahasa Melayu yang telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan. Kini bahasa Melayu sudah diterima dan digunakan secara merata sebagai bahasa umum oleh rakyat berbilang kaum. Dengan demikian, sudah terdapat bahasa bersama yang digunakan secara luas oleh rakyat berbagai kaum dan lapisan negara kita. Taraf bahasa juga lebih teratur, bukan lagi semata-mata bahasa pasar.

4. Kebudayaan dan Kesenian: Kebudayaan dan kesenian mencerminkan wajah mental sesuatu bangsa itu. Di negara kita berbagai kaum umumnya hidup secara bercampur dan pergaulan antara rakyat berbagai kaum amat kerap dan merupakan perkara harian baik di tempat kediaman, tempat kerja, sekolah, pasar, tempat hiburan dan lain-lain. Melalui kehidupan bersama tersebut rakyat berbagai kaum di samping memelihara kebudayaan dan kesenian baru yang mencerminkan unsur-unsur berbilang kaum serta penghidupan baru bersama. Selain itu dalam berbagai hari raya tradisional kaum masing-masing, berbagai kaum ikut serta. Dalam acara-acara kesenian seperti nyanyian, tarian, pementasan drama, deklamasi sajak, lakonan filem dan lain-lain serta acara-acara sukan terdapat unsur percampurgaulan antara berbagai kaum. Ini adalah satu perkembangan baru melalui proses integrasi semula jadi dan asimilasi semula jadi selepas kemerdekaan. Selain itu di segi agama pula Islam sudah bersebati dengan jiwa orang Melayu sejak 600 tahun dulu. Kini, melalui perkembangan masyarakat selepas kemerdekaan, ramai pula orang daripada kaum-kaum lain memeluk agama Islam, misalnya Orang Asli serta orang-orang keturunan Cina dan India. Ini berlaku sama ada melalui perkahwinan campur atau melalui penukaran agama secara sukarela. Jelaslah ini mencerminkan wajah baru bangsa Melayu. Kita boleh meramalkan 30 tahun mendatang, bangsa Malaya atau bangsa Malaysia yang benar-benar berwajah baru akan berkembang di negara kita.

Satu unsur penting dalam pembentukan bangsa ialah kesedaran nasional iaitu pengakuan diri atau kesedaran diri sebagai tergolong dalam kesatuan bangsa itu. Di negara kita ini merupakan satu syarat perlu yang belum dapat dipenuhi dan diwujudkan sepenuhnya, dalam erti kata rakyat berbagai kaum belum sepenuhnya menganggap diri mereka pertama-tama sebagai bangsa Malaya atau Malaysia melainkan lebih menitikberatkan kesedaran kaum sendiri dahulu. Ini adalah akibat wajar daripada polisi perkauman. Pihak berkuasa bukan saja melaksanakan diskriminasi kaum, tetapi juga mengamalkan sistem politik perkauman di Malaya parti-parti utama dalam pemerintahan UMNO, MCA, MIC adalah parti politik perkauman yang menggunakan sentimen kaum masing-masing. Penindasan kaum, diskriminasi kaum serta pelaksanaan sistem perkauman ini adalah penghalang utama bagi perpaduan erat antara kaum serta perpaduan nasional. Hanya parti-parti politik patriotik-demokratik yang dengan konsisten menegaskan perpaduan antara kaum dan kesedaran nasional yang melampaui tempurung sempit kaum masing-masing di kalangan rakyat berbagai kaum negara kita.

24 Julai 1988

Thursday, December 17, 2009

ULASAN ADUN KOTA DAMANSARA MEMBAHAS PEMBENTANGAN BAJET 2010 NEGERI SELANGOR OLEH YAB DATO MENTERI BESAR..



Adun Kota Damansara Dr. Mohd Nasir Hashim turut serta membahaskan ucapan YAB Menteri Besar tentang Bajet 2010. Beliau mengucapkan syabas dan menyokong penuh pembentangan Bajet 2010 yang komprehensif dan memberangsangkan, khususnya dari aspek Merakyatkan Ekonomi Selangor, memperjuangkan masyarakat Orang Asli dan ingin menghidupkan kembali proses Pilihanraya Kerajaan Tempatan.
Penting sekali, Kerajaan Negeri haruslah bersikap terbuka terhadap segala teguran dan cadangan. Janji-janji haruslah ditepati. Masanya sudahpun tiba untuk tidak lagi menunding jari dan tidak mempertahankan sesuatu yang sumbang dan yang dicurigai. Sepertimana yang pernah diutarakan oleh seorang revolusioner yang terunggul, Karl Marx, bahawasanya ahli-ahli falsafah dan golongan intelektual lebih selesa menterjemahkan dunia ini dalam pelbagai bentuk, cara dan rupa. Tujuan yang lebih bermakna dan lebih afdal lagi adalah untuk mengubahkannya. Justeru itu hasrat yang utama adalah untuk mengubahkan keadaan agar menguntungkan rakyat jelata dan tidak lagi berdolak dalik dan tidaklah lagi tuduh menuduh sesama sendiri.
Adun Kota Damansra juga menegur huraian Adun Kota Alam Shah tentang penahanan ISA. Adun Kota Damansara berpendapat bahawa mangsa-mangsa ISA seharusnya bersedia mengharungi segala jenis penahanan dan penganiayaan. Bersedia menerima hakikat bahawa golongan kapitalis dan konco-konco politik yang berkuasa memang tidak senang dengan perjuangan yang menegakkan keadilan, kebenaran dan mempertahankan prinsip-prinsip kehidupan. Mereka ini pula tidak perlu di puja dan disanjungi setinggi gunung. Tidak perlu menaggih penghargaan dari sesiapa pun. Kerana segala yang dilakukan itu berputik dari hati sanubari yang berpaut kepada keadilan yang hakiki (natural justice), dan dari naluri yang cintakan rakyat. Ingin memperkasakan rakyat.
Pendapatan Per Kapita
Bajet 2010, menyebut tentang Pendapatan Per Kapita (PPK). Mengikut tahun 2009, PPK adalah RM 29,728 setahun. Jika dibahagikan jumlah ini dengan 12 bulan, maka ini bermakna seseorang itu, tidak kira besar ataupun kecil seharusnya menerima lebih kurang RM 2,408 sebulan. Kalau dibayangkan pada keluarga, yang mempunyai suami, isteri dan 3 orang anak, maka pendapatan keluarga ini seharusnya RM 12,400 sebulan. Jumlah ini agak mustahil kerana ramai keluarga mempunyai pendapatan kurang dari RM1000 sebulan. Dan apabila Kerajaan Negeri Selangor menetapkan RM1500 sebagai tahap garis kemiskinan yang baru, maka didapati lebih kurang 30% rakyat Selangor, berada di bawah garis kemiskinan ini.
Pendekkata, Pendapatan Per Kapita sebagai garis pengukur terhadap kemajuan Negara mempunyai limitasi yang tersendiri. Keadaan ini boleh diibaratkan seperti dua orang yang tinggal di sebuah pulau. Yang satu mempunyai dua juta ringgit dan satu lagi tidak ada duit sesen pun. Bila dipuratakan menggunakan Pendapatan Per Kapita maka kedua-duanya adalah bertaraf jutawan !!. Maka itu berwaspadalah apabila menggunakan statistik dan garis pengukurannya.
Gini Coefficient
Keadaan ini telah dikukuhklan lagi dengan statistik Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (United Nations). Badan ini telah menggunakan garis pengukur Gini Coefficient bagi mendedahkan jurang atau perbezaan di antara kaya dan miskin. Di dapati bahawa Malaysia menduduki tangga yang teratas (nombor 1) di dalam Asia Tenggara dan pada peringkat Asia pula Malaysia menduduki tempat yang kedua di belakang Negara Papua New Guinea. Kedudukan ini sungguh tidak membanggakan dan sungguh memalukan kerana keadaan ini menggambarkan jurang yang luas iaitu, yang kaya terlalu kaya dan yang miskin papa kedana.
Ekonomi dan Nilai Kehidupan
Ekonomi seringkali dikait rapat atau di sinonimkan dengan nilai kehidupan. Ini tidak semestinya begitu kerana ekonomi mencerminkan sebahagian saja dari nilai kehidupan atau quality of life. Sebenarnya nilai kehidupan ini bersifat menyeluruh dan merangkumi segala faktor ekonomi, kesihatan, perumahan, pendidikan, pemakanan, keharmonian, keselesaan, keselamatan, emosi dan berbagai lagi. Maka pengukuran terhadap nilai kehidupan mestilah mengambilkira segala aspek ini.
Sabotaj
Keluhan-keluhan tentang Implementation Coordination Unit (ICU) yang bertindak tidak melalui Kerajaan Negeri; tentang projek-projek Federal yang menimbulkan masalah apabila, dengan sengajanya, memberi insentif kewangan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri; fahaman pucuk pimpinan kerajaan pusat yang makin sempit terhadap pengertian semangat Federalisma. Dipertikaikan juga pulangan wang kepada negeri Selangor yang tidak setimpal dengan pungutan cukai yang diserahkan kepada Kerajaan Pusat.
Kalau dikaji secara keseluruhan, Federal Government ini memang cemburu terhadap Negeri Selangor. Kalaulah Malaysia boleh diibaratkan sebagai badan manusia, maka kepalanya adalah negeri Selangor. Kerana segala-galanya berkisar kepadanya. Apabila kerajaan Pakatan Rakyat menguasai kepalanya, maka segala badan yang lain menggelupur dan terkapai-kapai. Maka itulah Perdana Menteri Malaysia mahu mengetuai pasukan merampas kembali Negeri Selangor dan sanggup melakukan apa saja termasuklah mengorbankan sesiapa saja, asalkan Negeri Selangor tidak lagi di dalam tangan Kerajaan Pakatan Rakyat. Ini bermakna negeri-negeri Pakatan Rakyat bukan lagi di anaktirikan tetapi tujuan sebenarnya adalah untuk menghancur dan mengkebumikan Pakatan Rakyat untuk selama-lamanya.
Adun Kota Damansara bersetuju dengan huraian Adun Hulu Kelang, iaitu sudah wujud persekongkolan atau sabotaj dari pihak Pusat bersama JAIS, JKR, PBT, SPRM, SPR, Polis, Kehakiman, Pejabat Daerah dan Media Massa yang menghasut, meracuni dan memfitnah, bagaikan penyakit kanser yang ingin melumpuhkan negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Justeru itu pucuk pimpinan Pakatan Rakyat menghadapi berbagai masalah apabila mentadbirkan Kerajaan Negeri kerana apa yang disuruh atau ditegur tidak dilaksanakan. Ataupun pegawai-pegawai tinggi sengaja mengheret kaki supaya rakyat akan menuduh pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak buat kerja. Sabotaj ini sudah lama dirasai.
Sabotaj ini memanglah dari luar dan juga dari dalam. Sabotaj dari luar lebih jelas dan pasti. Namun sabotaj dari dalamlah yang amat bahaya kerana mereka yang bersikap talam bermuka dua ini mampu mengongkong atau melumpuhkan gerak geri atau tindakan pucuk pimpinan. Enggan membantu, mengheret kaki, memutar belit maklumat, menjadi ‘spy’ hinggakan maklumat sulit sampai ke tangan musuh dalam sekelip mata.
Tindakan Pakatan Rakyat ?
Soalnya, apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani serangan yang bertubi-tubi ini sepertimana yang sudah berlaku di Negeri Perak? Adakah pemimpin Pakatan Rakyat masih bersifat sambil lewa dan meremehkan hasakan pihak musuh. Apakah tindakan yang harus dilakukan terhadap musuh dalaman, ‘musuh dalam selimut’ ini ?
Adun Kota Damansara mengambil peluang mengimbau kembali tentang penahananya di bawah ISA ‘Operasi Lalang’. Beliau berpeluang membaca sebuah buku oleh Sun Tze yang bertajuk “The Art of War” (seni peperangan). Pengalaman beliau semasa di Maktab Tentera DiRaja (RMC) sebanyak sedikit dapat membantunya memahami perihal taktik-taktik peperangan yang dikemukakan di dalam buku tersebut. Sun Tze, pada zaman itu, adalah seorang Jeneral yang terkemuka dan sungguh luarbiasa. Terkenal 3000 tahun dahulu. Beliau menggunakan konsep dialektik, iaitu mengimbangkan sifat-sifat yang bercanggah, bagi mematahkan musuhnya. Oleh kerana namanya tersebar luas, Raja se zamannya telah menjemput beliau dengan bertujuan untuk menguji kehandalan dan kebijaksanaannya.
Jeneral Sun Tze telah diarahkan untuk mengajar gundik-gundik Raja. Ini bukanlah suatu perkara yang mudah kerana gundik-gundik ini terlalu dimanjakan dan tidak mengikuti arahan kecuali perintah dari Raja. Gundik Raja yang tersayang telah diberi penghormatan untuk mengetuai pasukan gundik-gundik ini. Maka mereka dibawa untuk berbaris dan disaksikan oleh Raja ini. Arahan pun diberi untuk pusing ke kanan. Ada gundik-gundik berpusing ke kiri, ada yang berpusing ke kanan, berpusing ke belakang, mendongak ke langit mengikut sesuka hati masing-masing, dan disambut dengan gelak ketawa. Raja juga seronok dan turut ketawa. Maka Jeneral Sun Tze dengan tenang berkata kepada mereka, ‘Mungkin kau tak dengar apa yang aku perkatakan. Aku akan mengulanginya arahan’. Maka Jeneral Sun Tze memberi arahan dengan lebih kuat dan lebih lantang lagi untuk pusing kanan. Gundik-gundik ini enggan mengikuti arahannya. Masih ketawa dan bergurau senda sesama sendiri. Raja sudah ketawa besar. Maka Jeneral Sun Tze berkata lagi, ‘Sekarang awak boleh dengar, mungkin arahan saja yang tidak jelas’. Maka beliau memberi penjelasan secukupnya, mengajar mereka lagi sekali dan seterusnya memberi arahan untuk pusing ke kanan. Mereka masih tidak mengikuti arahannya. Jeneral berkata, ‘Engkau sudah dengar, engkau sudah faham tapi engkau sengaja tidak maha mengikuti arahan aku’. Maka dia pancung gundik Raja yang tersayang itu. Raja itu tidak berkesempatan untuk membuat apa-apa. Selepas itu semua gundik-gundik berbaris mengikuti arahan dengan tepat, teratur dan penuh kesungguhan. Begitulah. Adun Kota Damansara mengingati semua bahawa bukanlah tujuannya mengajar untuk memancung mereka yang degil, cuba sabotaj dan meremehkan arahan. Tetapi seperti pelawak TV, Nabil berkata, ‘sendiri mahu ingat’ atau ‘fikirlah sendiri’.

Tenaga Kerja dan Modal (Labour and Capital)
Perhatian sepenuhnya telah diberi terhadap hubungan ekonomi dengan pembangunan dan keuntungan. Pada hakikatnya, peningkatan keuntungan melibatkan dua faktor iaitu Tenaga Kerja dan Modal (Labour and Capital). Malangnya Bajet 2010 ini lebih menumpukan kepada pelaburan, infrastruktur, dan kelonggaran syarat-syarat yang menguntungkan golongan kapitalis dan koco-konco mereka. Tetapi tidak langsung menyebut atau membincangkan tentang peranan dan nasib golongan pekerja. Walhal mereka ini amat penting dalam dunia perindustrian. Bajet 2010 tidak menyebut langsung tentang penindasan yang berlaku di tempat kerja termasuklah keselamatan dan kebajikan mereka. Pekerja-pekerja juga adalah warga Selangor. Mereka merupakan tulang belakang kepada ekonomi Negara. Sebenarnya keuntungan yang lumayan ini berpunca dari penindasan terhadap golongan pekerja. Gaji rendah bermakna keuntungan berlipat ganda.
Penindasan dan Tekanan Jiwa
Jelas bahawa penindasan di tempat kerja membebankan rakyat dan menjunamkan mereka ke dalam kancah kemiskinan tegar. Masalah kemiskinan pula menimbulkan tekanan jiwa yang tidak terhingga pada diri dan seluruh keluarga. Tekanan jiwa, perasaan terasing atau alienation pula mendorongkan kepada pelbagai masalah sosial seperti membunuh diri, pengambilan dadah, anti-sosial, perpecahan dalam keluarga, amalan fanatik, masalah juvena, lintah-lintah masyarakat dan sebagainya.
Kapitalisma Membiakan Kronisma
Maka itu adun Kota Damansara, sebagai seorang Sosialis, makin tidak selesa apabila Menteri Besar sendiri mengatakan sistem kapitalisma Pakatan Rakyat sungguh berbeza dengan sistem kapitalisma Barisan Nasional. Mengikutnya pada kapitalisma Barisan Nasional, penswastaan adalah untuk kroni-kroni walhal kapitalisma Pakatan Rakyat, penswastaan adalah melalui tender. Sebenarnya sifat kapitalisma ini tidaklah semudah yang dibentangkan itu. Terlalu simplistik. Pada hakikatnya kapitalisma ini memang membiakkan sistem kroni. Beres. Maka pada analisis yang terakhir, kapitalisma ini berkiblat kepada penindasan dan mempertuhankan kepada keuntungan dan kuasa. Aktiviti-aktiviti yang lain pula berkisar kepada matlamat ini.
Peranan Jentera Pemerintah (The Role Of The State)
Pengalaman beliau yang menghampiri 40 tahun bersama perjuangan Peneroka Bandar (setinggan), pekerja kilang, pekerja perladangan, pekerja perkhidmatan dan sebagainya telah mendedahkan modus operandi golongan kapitalis iaitu bagaimana golongan kapitalis/majikan ini membujuk dan menguasai golongan pemimpin politik (kroni-kroni kapitalis) dengan wang ringgit dan seribu satu janji. Maka pemimpin politik yang sudah pun termakan budi, dengan rela hati menggemblingkan agensi-agensi kerajaan bagi membantu kapitalis-kapitalis dan kroni-kroni mereka. Maka Polis, Rela, Peguam, Kehakiman, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Media Massa dikerahkan untuk menghasak rakyat yang terpinggir dan tertindas.
Mudah-mudahan kritikan ini, teguran ini mendapat perhatian yang sewajarnya. Kerana apabila sesiapa saja berjinak-jinak dengan amalan kapitalis maka timbullah padah dan masalah yang membeban dan membelakangkan kepentingan masyarakat umum.
Sosial Demokrasi
Ada pula yang cuba menegaskan bahawa mereka sedang mengamalkan fahaman sosial demokrasi iaitu mengahwini sifat-sifat Sosialisma dan Kapitalisma. Sesungguhnya usaha ini diibaratkan mencampuri minyak dengan air. Bila digoncang kedua-duanya sekali maka sebatilah mereka. Apabila dibiarkan untuk seketika, maka air dan minyak terus terpisah, terasing, mengikut sempadan masing-masing. Jelas bahawa kedua-duanya kena digoncang selalu sekira benar-benar ingin mengekalkan kesebatian tersebut.
Namun kesungguhan untuk mengimbangkan hubungan ini memang sukar sekali kerana sudah dikuasai oleh hipokrasi dan jiwa kapitalis yang berlumba-lumba membolot harta dan kuasa. Tidak segan silu mematahkan segala tindakan yang mempertikaikan penindasan dan usaha-usaha yang memperkasakan rakyat.
Yang lebih bermakna lagi adalah, apabila manusia dan kemanusiaan dijadikan sebagai paksi di mana segala-gala berkisar kepadanya. Bukanlah segala-galanya berkisar kepada ekonomi dan keuntungan dan menjadikan rakyat sebagai alat percaturan untuk mendapatan sokongan dan keuntungan.
Survei Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Parti Sosialis Malaysia (PSM) pernah membuat survei pada Ogos 2009 melibatkan 363 responden dari lima (5) negeri, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor dalam lapan (8) sektor perniagaan seperti kilang, perkhidmatan, binaan, swasta, kerajaan, ladang dan pertanian. Ceritanya adalah sama. Impak krisis ekonomi terhadap mereka yang bekerja, memang dirasai dan memang membebankan golongan pekerja. Dari hasil survei ini, 75.8% respons menceritakan tentang pendapatan yang sudah berkurangan. Keluhan mereka tertumpu kepada kerja lebih masa, OT (‘overtime’) yang sudah tidak ada lagi khususnya semasa krisis ekonomi. Malangnya sebahagian besar mereka yang bekerja bergantung sangat kepada OT. Hidup dengan OT. Bila OT dipotong mereka bermasalah. Semuanya tergendala. Hutang pun berlipat ganda.
Peranan Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan
Dalam keadaan yang tertekan sebegini rupa, diharapkan Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan dapat membantu. Apa yang berlaku di Kota Damansara adalah proses untuk mendapatkan bantuan memakan masa berbulan bulan. Seringkali kali, apabila penduduk mendatangi Pejabat Adun mereka sudah pun mengalami masalah untuk beberapa bulan. Kelewatan ini membebankan lagi kehidupan mereka. Yang patut dapat, tak dapat. Yang pernah dapat yang masih memerlukannya, seperti keluarga buta, diputuskan bantuan. Ada astro tak dapat. Meskipun astro ini dihadiahkan kepada mereka. Inilah saja sumber maklumat dan hiburan bagi mereka sekeluarga. Jika ada kereta buruk bekas suami atau arwah suami, maka bantuan tidak dapat.
Pegawai-pegawai pula bersifat angkuh, menghilangkan diri, janji-janji yang tidak kesampaian dan kerja sambil lewa. Ini bermakna rakyat kena sembah pegawai-pegawai ini sebelum boleh dapat sesuatu walaupun bantuan ini adalah hak yang dijanjikan.
Mantan Mufti Perlis Dr Asri, pernah menegur Lembaga Zakat dalam penulisannya. Mengikut beliau, Lembaga Zakat pandai dan cekap mengutip zakat tetapi tidak pandai mengagihkannya. Kalaulah lebih RM 200 juta yang diterima pada setiap tahun, diagihkan dengan betul, mungkin tidak akan ada orang miskin di Negeri Selangor ini. Lagi pun penggunaan dan pengagihan wang zakat haruslah dihabiskan pada tahun yang sama.
Mengikut survei kami juga, lima puluh peratus (50%) respons mendedahkan bahawa hutang mereka makin meningkat. Ini bermakna dalam keadaan inflasi, barangan keperluan asas yang harus di di kawal tidak dikawal. Mereka terpaksa meminjam wang dari ah long dan ceti untuk menampung kehidupan sekeluarga. Kerana sumber bantuan yang lain termasuk kemudahan bank, tertutup bagi mereka. Mereka tetap mengisi borang permohonan namun habis begitu saja. Lima puluh Sembilan (59%) respons mengatakan tidak dapat membayar balik pinjaman kereta dan bayaran rumah sewa. Rumah sendiri kena lelong tanpa pengetahuan mereka. Mungkin sudah ada sindiket tentang penjualan ini.
Hubungan Tiga Penjuru
Dalam keadaan begini, lebih ramai lagi yang tidak mampu membayar tambang kenderaan untuk menghantar anak ke sekolah atau tuisyen dan untuk pergi ke klinik dan hospital. Maka berlukulah lingkaran tiga penjuru yang melumpuhkan individu dan keluarga iaitu hubungan di antara Kesihatan dan Pemakanan yang menjejaskan Produktiviti. Produktiviti yang rendah menjuruskan kepada Kemiskinan tegar dan masalah sosial. Kemiskinan pula memburukkan lagi keadaan Kesihatan dan Pemakanan. Badan yang lemah dan rentan kepada penyakit, tidak produktif dan akan dibuang kerja.
Perkhidmatan dan layanan Hospital Kerajaan Sg Buloh yang berdekatan dengan Kota Damansara pula tidak membantu. Ada pesakit terpaksa menunggu 3 – 4 jam untuk mendapat rawatan di ruang kecemasan. Adun Kota Damansara sudah tiga kali mengunjungi Hospital ini untuk memastikan kesahihan aduan penduduk. Alasan yang diterima adalah doctor tidak ada di bilik kecemasan ataupun Hospital ini tidak cukup doctor. Doktor lain yang ada di situ tidak mahu membantu kerana bahagian kecemasan tidak dalam bidang tugas mereka. Begitulah penderitaan rakyat yang miskin dan yang terpinggir dari arus pembangunan.
Penutup
Jelas bahawa usaha untuk memberi pertolongan kepada golongan yang memerlukan bantuan, masih tidak sempurna lagi. Kerajaan Negeri pula haruslah memulakan rancangan Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan bertindak dengan lebih agresif lagi dan memulakan program, melalui anak-anak syarikat kepunyaannya (government Linked Companies) menjadi contoh bagi menawarkan gaji mimima sebanyak RM 1500, melibatkan kesatuan dalam usaha mengembangkan syarikat, menawarkan saham, memberi insuren, menyediakan tempat asuhan anak pekerja dan segala kemudahan yang pernah dijanjikan. Adun Kota Damansara bersama adun-adun lain pernah mengutarakan perkara ini dalam usul tentang tanggung jawab sosial oleh syarikat-syarikat (Corporate Social Responsibility).

Wednesday, December 2, 2009

Kaji dampak hutang Dubai atas ekonomi M'sia

Harakahdaily..
Kerajaan akan mengikuti rapat impak krisis hutang Dubai bagi melihat sama ada ia mendatangkan kesan ke atas ekonomi Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin."Kami berharap kesannya tidak teruk kerana kami telah menyebut bahawa 2010 merupakan tahun yang dinantikan untuk pertumbuhan ekonomi, dengan angka pertumbuhan yang positif seperti yang diumumkan oleh perdana menteri."(Bagaimanapun), ia masih terlalu awal untuk melihat sejauh mana ia akan menjejaskan sentimen yang semakin meningkat setakat yang membabitkan ekonomi Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan loji tenaga arang batu swasta pertama, Tanjung Bin, milik Malakoff Corporation Berhad, pengeluar tenaga bebas utama.Dubai World milik kerajaan, konglomerat pembangunan, memohon penangguhan enam bulan daripada membayar hutang hampir AS$60 bilion.Krisis itu menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kegagalan syarikat terbabit, yang terlibat dalam projek di seluruh dunia. Perkembangan itu mengejutkan sektor kewangan yang sememangnya lemah.Berikutan perkembangan itu, timbalan perdana menteri berkata kerajaan akan melihat sama ada pelabur dari Timur Tengah, yang sudah membuat komitmen sebelum ini untuk membawa masuk modal ke Malaysia, akan menunaikan janji mereka.Terdapat pelbagai sumber akses modal di Timur Tengah dan Malaysia perlu lebih agresif dalam melaksanakan misi penggalakannya untuk menemui kumpulan tumpuan dalam sektor yang mempunyai kepentingan di Malaysia.Dalam perkembangan lain, Muhyiddin memandang serius pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa 60 peratus peruntukan kerajaan untuk projek infrastruktur penting di Sarawak disalahguna antara 2002 dan 2008 oleh pihak tertentu yang bertanggungjawab mengendalikan projek itu.Muhyiddin berkata beliau terkejut dengan pendedahan itu dan mahu SPRM menyiasat sama ada salah laku itu benar-benar wujud.Timbalan perdana menteri berkata beliau tidak mengetahui sama ada jabatan dan agensi kerajaan persekutuan turut terlibat dalam salah guna dana awam dan jika mereka disabitkan, kerajaan mahu maklumat daripada SPRM.Muhyiddin berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan Hong Nam untuk menanganinya.

Tuesday, December 1, 2009

Saiz rumah di Australia catat rekod terbesar

MELBOURNE - Satu kaji selidik menunjukkan Australia mendahului Amerika Syarikat (AS) dalam menyediakan rumah terbesar di dunia, menurut laporan Australian Associated Press. Ketika purata saiz rumah di AS mengecil buat kali pertama dalam tempoh satu dekad berikutan kemelesetan global, purata saiz lantai rumah rakyat Australia mencatatkan rekod terbesar seluas 214.6 meter persegi pada tahun kewangan 2008-2009.: Data Biro Perangkaan Australia (ABS) yang ditauliahkan oleh Sekretariat Komanwel (CommSec) menunjukkan purata keluasan lantai rumah yang baru disiapkan juga mencatatkan rekod 245.3 meter persegi. Secara perbandingan, purata saiz rumah baru di AS pada September ialah 201.5 meter persegi. Ketua Pakar Ekonomi CommSec, Craig James berkata, perangkaan terbaru membantu menjelaskan bagaimana rakyat Australia mengendalikan kekurangan perumahan dengan menggunakan sepenuhnya rumah mereka yang lebih besar. “Biasanya, orang ramai menyatakan berlaku kekurangan rumah di Australia,” kata James.
Kat Malaysia macamana?

Friday, November 20, 2009

Perit ibu dukung anak ke sekolah setiap hari berbaloi...



BESUT - Kecekalan seorang ibu yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.
Walaupun cacat kerana menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang, Siti Norfarah Hanim, 12, tidak mudah mengalah hingga akhirnya mencipta kejayaan itu.
Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar Sekolah Kebangsan Tengku Mahmud II di sini yang mendapat 5A dan diraikan dalam satu majlis di sekolah itu.
Ketika nama Siti Norfarah diumumkan untuk ke pentas bagi mengambil slip keputusan, dia bersama ibunya, Norhaida Harun, 38, dilihat berlinangan air mata kegembiraan.
Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya tidak mampu untuk menyediakan harta yang banyak untuk kehidupan pada masa depan.
Katanya, setiap pagi sebelum ke sekolah, Siti Norfarah akan dibekalkan dengan sedikit makanan kerana tidak mampu berjalan ke kantin dan dia bernasib baik kerana seorang rakan sekelasnya, Nurul Alia Rosdi secara sukarela membantu anaknya semasa di dalam kelas.
Sementara itu, di Pasir Mas, Kelantan, Muhammad Nabil Mohd. Nasir, 12, yang mengalami kecacatan pada kaki kiri dan kedua-dua tangannya sejak dilahirkan turut berjaya meraih 5A dalam UPSR.
"Ini hadiah untuk ibu saya yang bersusah payah mendukung saya ketika menghantar dan mengambil saya sekolah setiap hari," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, Pasir Mas
Menteri Besar kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu Dewan Undangan Negeri Kedah semalam bahawa negeri Kedah mencatat pelaburan kelima tertinggi selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang sehingga Ogos 2009, sementara industri pelancongan mencatatkan kemasukan pelancong sehingga 3.8 juta orang berbanding 3 juta pada 2006 dan ianya dijangka terus meningkat 4 juta pada tahun 2010.Beliau berkata demikian pada Sidang Bajet 2010."Menteri Besar kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu Dewan Undangan Negeri Kedah semalam bahawa negeri Kedah mencatat pelaburan kelima tertinggi selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang sehingga Ogos 2009, sementara industri pelancongan mencatatkan kemasukan pelancong sehingga 3.8 juta orang berbanding 3 juta pada 2006 dan ianya dijangka terus meningkat 4 juta pada tahun 2010.
Menurut menteri Besar lagi, kadar kemiskinan tegar telah berkurangan daripada 1.3 peratus kepada 0.3 peratus manakala pendapatan isirumah meningkat dari RM2,126 kepada RM2,2408 dan kadar pengangguran berkurangan daripada 3.8 peratus kepada 3.3 peratus. Ini adalah berkat pengurusan yang cekap dan rapi oleh pejabat-pejabat tanah di Kedah selain dari usaha-usaha penguatkuasaan yang cekap dan berterusan.
Peningkatan pendapatan daripad hasil bahan batuan meningkat sebanyak RM19 juta manakala hasil balak mencatatkan kenaikan daripada RM8 juta setahun kepada 35 juta pada tahun 2009 kerana polisi tender terbuka dan telus selain tiadanya amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Wednesday, November 4, 2009

Hijau akan jadi konsep pelancongan Kedah

Ali Hashim
Tue | Nov 03, 09 | 6:25:52 pm MYT ALOR SETAR, 3 Nov: Kerajaan Negeri Kedah akan memastikan segala perancangan untuk menjadikan Kedah sebagai salah sebuah negeri pelancongan berkonsepkan hijau akan terlaksana dan menjadi satu realiti.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia dan Hal Ehwal Masyarakat India, S.Manikumar.

Menurut Manikumar lagi bermula pada tahun 2010 negeri Kedah akan menjadi pusat pelancongan yang berasaskan kehijauan apabila kesemua perancangan untuk merealisasikannya selesai.

"Kehijauan yang ada di negeri ini merupakan satu kekuatan bagi pelancongan yang ada di negeri ini.Kita akan mengkaji lokasi yang strategik untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan tersebut.Konsep ini juga tidak akan hanya ditumpukan kepada keindahan floranya sahaja malah ia akan turut memberi tumpuan kepada kawasan sungai yang ada dalam negeri ini.

"Kawasan rekreasi sepanjang Sungai Kedah akan diberi tumpuan kerana ia terletak di pusat bandar.Satu lagi konsep yang akan dibawa ialah dengan menarik pelancong yang masuk ke Langkawi untuk datang melihat sendiri konsep kehijauan yang akan dilaksanakan itu."

Manikumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau berkata, konsep kehijauan ini dipilih kerana sebagai satu daya tarikan negeri Kedah kerana ia bukan sahaja dikelilingi oleh kehijauan sawah padi malah kawasan seperti Gunung Keriang dan Gunung Jerai adalah amat menarik untuk dijadikan sebagai pusat pelancongan yang mampu membawa pendapatan kepada negeri ini.

Friday, October 30, 2009

JAMBATAN DIBUAT ORANG EROPAH...



Pelik x pasal apa jambatan yang dibuat oleh orang Eropah tak pernah runtuh?
Mereka ini makan babi - minum arak - main jubur - masuk neraka tapi kerja mereka semua rapi dan baik hinggakan seluruh dunia berebut nak beli kereta mata belalang....

Kontrektor patut di tangkap - Jambatan runtuh

Siasatan wajib dijalankan bukan kerana dendam.yang telah mati tetap mati. apa yang perlukan dilakukanbukan hukuman tetapi melihat bagaimana projek ini lulus,siapa meluluskan, siapa jurutera, siapa penjual simin – besi jenis apa – semua ini penting untuk mengelakkan ianya berlaku lagi.
Inilah cara bagaimana masyarakat Eropah menyusun tamadun mereka sehinggakan hampir seluruh dunia ingin memiliki beg Luis Vuitton dan kereta BMW ....

Tuesday, October 27, 2009

PESERTA PERKHEMAHAN 1MALAYSIA LEMAS



Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus.
Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras. Menurut The Star, 19 lagi murid ditemui selamat.Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi.Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

'Mengapa saya saja digelar katak?'



Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar 'katak' sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti.Beliau bagaimanapun mengakui pernah menganggotai banyak parti - Berjasa, Umno, Parti Semangat 46 (S46) dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.
"Kalau dibandingkan dengan orang lompat parti, ada setengahnya lima enam tujuh parti.
"Tengok di Sabah berapa ramai... tidak ada pemimpin Sabah yang tidak lompat parti," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini Jumaat lalu.
Malah, katanya, pemimpin besar negara seperti bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn juga pernah keluar Umno apabila Datuk Onn Jaafar keluar dari Umno, dan beliau (Hussein) kembali semula ke pangkuan Umno."S46 masuk balik Umno. Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) menentang kerajaan, masuk Umno, kemudian keluar (Umno) tubuh (parti) Keadilan, mengapa tidak disebut lompat (katak)?" soalnya.
Katanya, begitu juga dengan pemimpin seperti Marina Yusof, Datuk Asri Muda, Hassan Adli dan ramai lagi.'Sama saja...
'"Kenapa saya...kalau lompat (digelar) lontong, monyet, kera... tapi orang lain berapa ramai, Datuk Rais Yatim (Umno-S46-Umno) dan Datuk Shabery Cheek (S46-Umno)," katanya.Rais dan Shabery kini merupakan anggota kabinet dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sama saja... tapi buruknya Ibrahim Ali... tapi buruk Ibrahim Ali pun tidak ada rekod rasuah dan penyelewangan.
"Saya pegang banyak jawatan juga - pengerusi LKIM, lembaga pengarah KESEDAR, dalam Pernas - adakah orang kaitkan Ibrahim Ali dengan 'ikan kaloi'?... tak ada ... Ibrahim Ali dikaitkan dengan balak?... tak ada...mana (ada).."Alhamdullah, kalau dapat pertahan diri 30 tahun jadi pemimpin politik yang tidak dikait dengan rasuah dan penyelewengan kuasa, kira okaylah. Jadi tengoklah kebaikan saya....saya pun berjuang untuk bangsa dan negara juga," katanya.
Ibrahim berkata, antara sumbangan besarnya ialah perjuangan menaikkan taraf Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi universiti.Katanya, orang lupa bahawa pada 1972, diploma ITM hanya diiktiraf sama dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Tunjuk perasaan
"Ringkas cerita, (semasa) saya menjadi setiausaha agung dan kemudiannya presiden Persatuan Siswa ITM pada 1972,buat memorandum desak kerajaan. "Pada 22 April (1972), berlaku tunjuk perasaan besar. ITM ditutup dan Tun Abdul Razak Hussein masih menjadi perdana menteri, sehinggalah kita buat rundingan penyelesaian sebahagian daripada diploma ITM pada masa itu diiktiraf setaraf dengan ijazah am di universiti-universiti lain."Siapa punya kerja... untuk orang Melayu, untuk Islam. Yang berpekik melolong kata kat Ibrahim Ali tu apakah sumbangan mereka?" soalnya lagi.Namun, kata Ibrahim, perjuangannya tidak berhenti setakat ini sahaja dan selepas dibebaskan dari tahanan ISA, beliau menyertai politik pada tahun 1981."(Semasa) menjadi exco Pemuda Umno, saya lantang balik (mendesak) supaya diadakan fakulti perubatan di ITM untuk orang Melayu dan orang Islam, kerana saya tengok inilah gedung ilmu untuk tingkatkan martabat orang Melayu.
"Bila jadi ahli parlimen mulai 1986, setiap kali saya bahaskan perbelanjaan, saya mesti desak ITM dinaikkan (ke taraf) Universiti... saya juga bercakap dalam Majlis Tertinggi (MT) sehingga (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'kamu ni Ibrahim tak ada kerja lain... ITM universiti, ITM universiti..."Kemudian bila saya jadi timbalan menteri pada 1997, saya kata, inilah kesempatan paling baik. Saya himpunkan 15,000 bekas siswazah ITM di Stadium Melawati. Waktu itu Datuk Seri Najib (Tun Razak) selaku menteri pelajaran. Saya pengerusi perhimpunan. Saya berucap dan pelajar angkat kain rentang dan bendera mahukan ITM jadi universiti."Saya duduk di tengah-tengah, Dr Mahathir (di sebelah kanan). Perdana menteri tanya kat Datuk Seri Najib boleh tak kita isytihar ITM jadi universiti, peninglah saya dengan Ibrahim ini, itulah kata Dr Mahathir. Najib kata tak ada salah... Dr Mahathir orang yang luluskan, yang melaksanakannya Najib dan saya orang ketiga yang mendesak."Ini kerja katak, lutung, orang (yang didakwa) tak berprinsip... Tanyalah siswazah ITM. Tanyalah (bekas pengarah ITM), Tan Sri Arsyad Ayub, pergilah tanya...," katanya.

Monday, October 26, 2009

Misai Kucing: Berita Gembira Kepada Pengidap Kanser




















Oleh Sri DiahHubungan mesra lidah mak mentua, misai kucing SATU khabar gembira telah kita ketahui semalam. Perkhabaran ini semestinya telah memberikan senyuman yang amat bererti kepada berjuta penghidap kanser di Malaysia dan di seluruh dunia. Kajian yang dibangunkan oleh penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) bahawa ekstrak herba piawai yang dihasilkan daripada tumbuhan misai kucing mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser adalah satu khabar gembira yang ditunggu-tunggu selama ini.
Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus yang dikenali sebagai Canssufive banyak terdapat di kampung-kampung. Sejak turun temurun khasiatnya sudah diketahui dari mulut ke mulut, namun kesahihannya telah terjawab semalam dengan laporan sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Farmasi yang diketuai pensyarahnya, Dr Amin Malik Shah Abdul Majid.
Nampaknya selepas ini aktiviti menanam tumbuhan dengan nama glamornya misai kucing semakin menjadi-jadi. Misai Kucing mempunyai kandungan anti oksida yang tinggi dan boleh menghindar serta menghalang pertumbuhan sel kanser dan terbukti mampu merencat penumbuhan pembuluh darah.
Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan disebut tumor. Jika tumor ini merebak ke bahagian lain, ia disebut tumor benign (bukan kanser).Sebaliknya, jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa, ia adalah tumor malignan (kanser). Sesuatu yang menggembirakan, Cansufive itu juga menunjukkan kesan yang memberangsangkan terutama terhadap penyakit yang amat digeruni kaum wanita iaitu kanser payu dara.Sememangnya kita mengucap syukur dengan penemuan terbaru ini memandangkan selain kanser rahim, kanser payu dara merupakan antara penyebab kematian wanita.
Menurut para penyelidik berkenaan, kaedah kimoterapi pada penghidap kanser telah dipraktikkan pada hari ini, namun kos untuk mendapatkannya amat tinggi sehingga mencecah RM4,000 bagi satu dos. Tetapi dengan adanya ekstrak misai kucing kos yang diperlukan hanya sekitar RM50. Bayangkan murahnya.Oleh itu janganlah menidakkan penemuan pakar ini. Jika ada tanah, tanamlah tumbuhan misai kucing. Atau jika ada ladang, usahakan supaya ia menjadi lebih komersil.
Di samping itu, tanaman herba lain yang sudah dikenal pasti berkhasiat juga jangan dilupakan contohnya seperti mas chotek, tongkat Ali dan kacip Fatimah.Rasanya selain ditanam atas tanah, tumbuhan misai kucing ini juga boleh ditanam dalam pasu sahaja kerana jenis tumbuhannya yang tidak besar. Kebanyakan suri rumah di bandar-bandar kini sememangnya telah mengambil inisiatif bertanam secara kecil-kecilan sebagai hobi dan tidak dinafikan juga mampu menampung kos belanja pasar.
Contohnya saya sendiri menanam pokok pandan, serai, halia, kunyit, daun bawang, cili padi, kesum, kangkung, peria, daun kari, tomato, bendi dan pokok limau kasturi hanya di dalam pasu sahaja! Pasu-pasu itu disusun berderet di belakang rumah dan bercampur-aduk dengan pokok-pokok bunga. Boleh, pun!Pokok-pokok sayuran itu mampu hidup tanpa kos yang mahal. Juga tanpa peluh merecik-recik memangkasnya tiap hujung minggu. Namun apa yang paling penting, hasil tanaman itu puas digunakan untuk memasak hidangan sekeluarga. Ada masanya juga diberikan kepada jiran-jiran pada setiap musim menuainya.Malahan kalaulah pokok pisang boleh ditanam dalam pasu Baba yang sebesar pemeluk itu, saya juga pasti akan menanamnya. Sekurangnya selamatlah wang RM1 setiap kali mahu menggunakan daun pisang untuk membakar ikan. Kepada mereka yang gemar menanam bunga, apa kata tambah satu lagi minat anda dengan menanam pokok-pokok untuk dimakan pula. Tanah, baja dan benih yang murah di pasaran memungkin anda untuk berjimat belanja dapur hampir sepuluh ringgit seminggu untuk membeli sayur-sayuran. Memang tidak rugi berbudi dengan tanah.Memang patut pun pokok bunga akar dani, bunga sepit ketam, bunga kerak nasi, bunga lidah mak mentua, ati-ati, ros, orkid dan pelbagai jenis bunga hiasan lagi diselang-selikan dengan spesis tanaman jenis sayuran pula. Berilah peluang bunga-bunga ini hidup subur bersama tanaman sayuran anda. Supaya tidaklah bunga lidah mak mentua itu terus tegak sombong mendongak ke awan, semestinya ia serasi pula dengan lemah gemalai pokok misai kucing. (Sumber: Sinar Harian/AK)

Kurangkan defisit Belanjawan 2010 : Ku Li

GUA MUSANG - Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri adalah sesuatu yang baik dalam keadaan negara kini menghadapi kemelesetan ekonomi global.
Bagaimanapun, bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau bimbang walaupun banyak cadangan diterima untuk membaik pulih ekonomi, tetapi kerajaan mesti bersungguh-sungguh mengurangkan defisit.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, apabila defisit meningkat banyak, dikhuatiri akan menimbulkan masalah kewangan negara pula pada masa depan. “Ia bukan saja memberikan kesan kepada ekonomi kita, tetapi mungkin menyebabkan lembapnya kemasukan modal luar. “Saya suka melihat kerajaan membuat cadangan rangsangan membaik pulih ekonomi sekarang, tapi pada masa sama perlu mengurangkan perbelanjaan dari segi kos operasi,” katanya ketika diminta mengulas Bajet 2010 pada Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Masyarakat Orang Asli anjuran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke di sini, petang semalam.
Tengku Razaleigh berkata, di samping mengurangkan kadar operasi perlu dilaksanakan pendekatan untuk membaik pulih ekonomi demi kesejahteraan rakyat. Mengenai cadangan diberi pinjaman berbentuk biasiswa kepada penuntut yang memperolehi Ijazah Kelas Pertama Kepujian, beliau berkata, adalah lebih baik semua penuntut diberikan biasiswa dan mereka diminta membayar balik sekiranya tidak menepati syarat ditetapkan iaitu mencapai kepujian kelas pertama. “Tujuannya untuk memberikan galakan kepada pelajar memandangkan ini adalah satu bentuk pelaburan besar negara yang perlu diperhebatkan,” katanya.

SYARIKAT KERAJAAN AKAN DISWASTAKAN - Belanjawan 2010

Kerajaan akan meswastakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan dan agensi kerajaan yang berdaya maju.
Gelombang kedua penswastaan ini bermatlamatkan untuk membolehkan syarikat dan agensi berkenaan, beroperasi dengan lebih cekap."Kesan penswastaan ini akan mengurangkan kebergantungan kewangan kepada kerajaan," katanya Najib Razak ketika membentangkan bajet di Parlimen hari ini.Katanya, ini selaras dengan inisiatif penswastaan dengan mengurangkan secara beransur-ansur penglibatan kerajaan dalam aktiviti ekonomi yang bersaing.

Thursday, October 22, 2009

INILAH DIA LAP TOP YANG DIBELI

Who in their right mind would pay RM42,320 for a laptop?

Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau in Penang not only paid the price but bought two units of the same brand – Acer Aspire-5052ANWXMI, at a whopping price of RM84,640, said the Auditor-General’s Report.

In addition, the college purchased 450 units of computer CAD with network card at RM3.45mil for 12 labs. Each 19-inch monitor costs RM8,500 while a 17-inch monitor costs RM7,500.“A check with local companies showed that the market price for the latest model is between RM5,350 to RM6,500 each. Worse still the computers, Precision 390 Dell, that were supplied are no longer in the market,” it said.Also purchased were 15 laser printers, Hewlet Packard P3005X, at the price of RM7,722 each when the market price was about RM5,000 per unit.
WANITA DITUDUH MENJUAL BELACAN TIDAK CUKUP PROTEIN –

DUNGUN: Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label produk itu, April lalu.
Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini, jam 11.25 pagi pada 7 April lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 13B (2) (e) Akta Makanan 1983, yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Dungun, Mohd Yusoff Othman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Selepas rayuan meringankan hukuman, Majistret Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman denda ke atas Rohani RM600. Denda dibayar oleh suaminya Dzurudin Abdullah, 62.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan di mahkamah, pada jam 11.25 pagi pada 7 April lalu, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Rani Mohd Yatim melalui Badrulhisham Abidin, 31, membeli tiga bungkus belacan berharga RM2.50 setiap satu. Pegawai berkenaan kemudian menghantar sampel belacan itu ke Jabatan Kimia di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu untuk dianalisis dan mendapati belacan berkenaan hanya mengandungi 23.75 peratus sumber protein, sekali gus melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang mensyaratkan belacan perlu mengandungi tidak kurang 25 peratus protein.
Rahani ketika ditemui di luar mahkamah berkata, belacan itu dibekalkan seorang pemborong yang berniaga di Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu, yang menghantar bekalan belacan ke rumahnya di Kampung Gong Batu, Setiu untuk dibungkus, sebelum diambil semula pemborong itu untuk diedar dan dijual ke seluruh negeri ini.
"Saya sudah hampir lima tahun menjalankan perniagaan ini dan kebiasaannya membeli kira-kira 20 guni belacan seberat 50 kilogram setiap satu. Kemudian saya membungkusnya untuk dijual dengan harga RM2.50. Saya tidak pernah tahu pula mengenai kandungan protein belacan ini dan tidak tahu menjadi satu kesalahan jika protein kurang, " katanya.
nota : sila baca berita ini sepenuhnyaperhatikan betapa prihatinnya pegawai ini menjalankan tugas.lihat bagaimana detailnya siasatan dijalankanhingga boleh ditemui perberzaan protein – dari 25% yang diwajibkanyang dibungkus dan di jual 23.75 % - tidak sampai 2% bezanya.
  • tak kan nak membelachankan melayu pulak kah kah kah

Wednesday, October 21, 2009

SIAPA PEREMPUAN INI Dr. Khunying Pornthip Rojanasunand M.D. ialah seorang pakar forensik dan bertugas sebagai Director of Central Institute of Forensic Science Thailand. Beliau adalah pakar forensik yang ulung bukan sahaja di Thailand malah bertaraf antarabangsa.Dr. Khunying adalah orang yang bertanggungjawan memperkenalkan DNA sebagai bahan bukti untuk diguna pakai di Mahkamah Thailand.

Pada tahun 2004 – setelah berlakunya – tsunami – Dr. Khunying telah menjalankan kajian forensik untuk mengenali mayat-mayat yang telah hancur.Pada tahun 2005 National Geography telah membuat satu rakaman dokumentri tentang tugas beliau di wilayah Phang Nga ketika membuat kajian forensik untuk mengenali mayat mangsa tsunami.Paling akhir ialah kajian beliau terhadap kematian pelakon Hollywood David Carradine yang ditemui mati didalam bilik hotel di Bangkok. Dunia telah gempar dengan berita ini matinya pelakon kungfu yang tersohor ini. Pelbagai andaian telah dibuat. Dibunuh oleh samseng. Dibunuh kerana dadah. Dibunuh kerana tersilap orang. Keluarga David Carradine telah membawa pakar mereka sendiri untuk membuat sissatan.Dr. Khunying telah dijemput untuk membuat siasatan forensik. Beliau mendapati David mati kerana autoerotic asphyxiation yang menyebabkan autoerotic yang fatal.

Pendapat Dr Khunying ini telah diterima oleh keluraga David.Dr Khunying telah di jemput oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuat kajian forensik terhadap kematian Teoh Beng Hock. Hasil dari kajian forensik Dr Khunying telah membuat kesimpulan bahawa 80% dari tanda-tanda yang ditemui menunjukkan Teoh Beng Hock telah dibunuh.
nuffnang_bid = "a80607ff816aa140c9eea90d850a9d98";

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 2:42:00 PM 1 ulasan

testing

fhgfdhfhgfh

hghgfjk

nhnhgjhgf

hgfhgfhg

hgfhgfh

jhgjhgj

jhgjh

jhgjhgj

jhjhgfj

Jangan bawa musuh - jangan bunuh budaya tempatan

Dari negara atas agin - ianya datang dengan angkuh sekali. Besar tersergam - besarnya lebih besar dari semua yang besar. Orang ramai – orang ulu dan orang bandar - tercengang melopong – masuk lalat keluar cacing. Lalu orang ulu dan orang bandar berlabon sesama sendiri tentang betapa besarnya ‘unggun’ ini.Orang ulu dan orang bandar tidak pernah melihat gunung yang sebesar ini. Mereka tidak pernah melihat pintu yang seluas ini. Maka mereka terus melangok dan melopong. Lalu orang ulu dan orang bandar ini mengheret anak anak mereka untuk turut sama menebeng dan melangokDatuk Bandar tersenyum apabila melihat orang ulu dan orang bandar berduyun duyun datang untuk menyembah ‘unggun’ besar ini. Juak juak istana pun berkata inilah kejayaan yang telah di bawa. Inilah dia apa yang dipanggil pembangunan. Inilah dia kejayaan. Jangan lupa wahai orang ulu dan orang bandar lima tahun lagi undilah aku sekali lagi.Adalah seorang Mamat yang telah melihat ‘unggun’ ini. Dalam tercengang dan terlopong. Si Mamat ini hampir tidak percaya apa yang dilihat. Maka dianya pun berlari lari pulang ke kampongnya yang maha jauh di hulu. Maka apabila si Mamat sampai ke sebuah pekan di hulu maka dia pun bercerita pada kawan dan taulan. Maka ramailah anak muda melopong dan ternganga apabila mendengar kesah ‘unggun’ yang besar dari negara atas angin ini.Maka cerita dan kesah ini sambung menyambung. Maka sampailah cerita ini kepada Tok Sidang lalu Tok Sidang membawa kepada Tok Khatib lalu di bawa kepada Tok Penggawa lalu di bawa kepada Tok Guru. Tok Guru yang belum pernah melihat ‘unggun’ yang bagini besar seperti yang di kesahkan amat amat berahi. Maka si Tok Guru telah menghantar wakil untuk menjemput tuan empunya ‘unggun ‘ agar datang membawa unggun ini ke kampongnya.

Demikianlah kesah adanya :

Hari ini kita semakin diasak oleh kaum pemodal antarabangsa untuk membuka pasaran dalaman negara kita. Dengan licik sekali kaum pemodal antarabangsa melalui jaringan badan-badan dan lembaga dunia seperti World Trade Organisation, FTA, APEC, Bank Dunia telah memaksa negara-negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika untuk membuka pasaran mereka. Semua dilakukan berasaskan akidah dan firman : perdagangan bebas.Justeru – hasilnya - negara kita sedang dilanggar oleh bencana unggun besar dari gedung Carrefour , Tesco dan Giant.Gedung-gedung membeli belah ini sebenarnya adalah musuh kepada kita semua – musuh yaang datang dari negeri atas angin.Memang sekali pandang kita akan melihat gedung-gedung memberi khidmat kepada pelanggan. Ini adalah pandangan yang amat juling dari mata yang bula. Pandangan juling ini lahir dari sesiapa sahaja yang tidak memiliki fikrah atau fikrah yang telah bonsai.Amat disedari bahawa ramai warga berbangga dengan wujudnya gedung gedung ini yang dikatakan memberi khidmat dan keselesaan kepada mereka. Tetapi pendapat ini adalah pandangan juling berjangka pendek – sependek keupayaan otak mereka berfikir.Betul – sekali pandangan – gedung ini sedang melambakkan bahan-bahan keperluan harian dari sayur mayur, ikan, daging, keperluan dapor, pakaian, pinggan mangkok, perhiasan rumah - malah semuanya ada untuk keselesaan para pembeli. Hanya gajah dan telor naga sahaja tidak ada – yang lain semua ada.Disebalik semua keselesaan ini – ada racun ekonomi - yang sedang di bawa oleh gedung membeli belah ini. Racun ini meresap dengan perlahan-lahan tetapi yakinlah ianya akan membawa porak peranda ke atas ekonomi kita. Dalam masa berjangka panjang gedung-gedung ini adalah pemusnah asas ekonomi negara bangsa. Dalam jangka panjang gedung-gedung ini akan menindih, menghimpit dan akhirnya akan mematikan perniagaan tempatan.

Dalam jangka panjang gedung gedung ini akan membunuh kedai-kedai kecil. Akan mematikan petani kecil. Akan melupuskan Tok Peraih. Akan mengkebumikan kedai-kedai anak beranak – kedai adik beradik - yang berniaga di pekan dan badar yang menjadi watak pekan pekan kecil kita semenjak beratus tahun.Ini bukan pandangan orang politik. Orang politik hanya dapat melihat dengan adanya bangunan tegak berdiri maka dengan bangganya mereka menjerit dan melolong - inilah dia pembangunan yang mereka bawa. Para politikus inilah yang membenarkan gedung gedung ini semakin berselirat di tanah air kita. Wajib kita sedar - ramai orang politik ini tidak faham tentang ekonomi politik. Ilmu politikal ekonomi mereka amatlah kontot lagi cetek. Pembacaan dan pengkajian ekonomi mereka amatlah terhad. Tetapi mulut dan poket mereka amatlah besar. Kerana mulut besar dan akal kontot maka mereka tidak memiliki keupayaan untuk membuat kerja-kerja lain.

Yang terbuka hanya menjadi orang politik atau macai politik atau menjadi rakan tidur kaum pemodal antarabangsa.Orang politik yang tidak memiliki kesedaran ekonomi ini telah dilobi dan dirasuah oleh tuan empunya gedung. Orang-orang politik ini dijadikan orang depan – mungkin diberi saham/mungkin diberi menjadi ahli lembaga pengarah/mungkin diberi amoi - untuk melobi pengelulusan lesen-lesen agar gedung-gedung ini dapat membeli tanah-tanah di kawasan yang stratejik untuk beroperasi dalam tanah air kita.Memang betul – sekali imbas – dilihat gedung-gedung ini memberikan harga yang murah berbanding dengan kedai runcit di pekan kecil. Memang betul dibawah bumbung gedung ini kita dapat memilih semua yang kita perlukan. Memang betul kita selesa dengan kesejukan hawa dingin ketika membeli belah dalam gedung gedung ini.Tetapi waspada. Gedung berjaya meletakan harga yang murah kerana mereka menjual dengan volume/jumlah yang amat banyak. Ini dapat dilakukan kerana gedung ini datang dengan modal yang mengunung. Gedung-gedung ini bukan lagi membeli barangan dari Tok Peraih dari kampong sana dan kampong sini. Gedung ini memiliki segala macam gudang untuk mengeluarkan barangan yang akan dijual digedung mereka sendiri.Untuk gula – gedung ini bukan hanya memiliki kilang gula malah memiliki ladang gula. Bagitu juga untuk tepong – bukan hanya kilang malah ladang gandum sendiri dimiliki oleh gedung ini. Bagitu juga untuk ayam , daging, sayur dan barangan dalam tin atau kotak. Semua adalah milik gedung ini.Jika kilang itu bukan milik gedung ini seratus peratus besar kemungkinan tuan empunya gedung ini memiliki saham dan kepentingan dalam apa sahaja barangan lain yang akan di jual di dalam gedung. Banyak bahan bahan yang dijual datang dari negara atas angin. Justeru kapal laut dan kapal terbang juga dimiliki oleh gedung ini untuk menghantar barang-barang.Tesco adalah syarikat membeli belah yang ketiga besarnya dalam dunia. Jaringan kepentingan gedung ini berselirat diseluruh dunia. Kerana ianya bagitu besar maka syarikat ini boleh menentukan harga barangan yang ingin dibelinya. Gedung ini boleh menekan harga bahan yang ingin mereka beli. Ini berlaku apabila mereka telah memonopoli pasaran.Akan sampai satu ketika di mana kedai kedai kecil tempatan akan lupus kerana tidak dapat menandingi gedung gedung ini. Kedai-kedai runcit di pekan kecil akan tutup. Tok Peraih dan peniaga kecil – pekebun yang bejaja sendiri – akan lupus. Mak Cik penjual sayur, Pak Cik penjual ikan, Abang penjual daging di Pasar Khatijah akan hilang dengan sendirinya apabila Tesco muncul di Kota Bahru. Pasar borong Selayang atau Pasar Chow Kit akan terkapai kapai apabila gedung –gedung ini terus dibiarkan berkembang.Gedung-gedung ini sedang membunuh pekan pekan kecil. Gedung-gedung ini yang akan mengambil tanah yang amat luas untuk dijadikan tempat letak kereta. Perhatikan rupa bentuk gedung ini. Ianya tidak memiliki nilai-nilai estetika tempatan langsung. Ianya bukan pekan atau bandar. Gedung ini adalah unggun yang menyesakkan pandangan.Tidakkah disedari bahawa gedung ini tidak akan melahirkan silatulrahim antara pembeli dengan penjual. Tidak ada hubungan kemanusiaan antara si pembeli dengan si penjual – kerana yang menjual hanya kuli-kuli yang diupah seperti robot. Ini amat berbeza dengan hubungan kemanusian antara Mak Cik menjual sayur di pasar Khadijah dengan si pelanggannya. Mereka berkenal suai. Mereka berbual. Mereka merayakan diri mereka sebagai manusia. Mereka bukan hanya robot yang kerjanya hanya membeli sebagai konsumer.Sedarlah - di kota-kota tradisional di Eropah – gedung-gedung ini dilarang untuk menjalankan perniagaan didalam badar. Mereka dinyahkan ke luar kota. Gedung ini tidak dibenarkan merosakan rupa bentuk kota asli. Kota San Sebastian di utara Sepanyol terus tidak membenarkan gedung ini dibuka didalam pekan. Gedung-gedung ini dilihat sebagai pemusnah budaya tradisional Sepanyol.Dalam negara kita – kita amat juling – kita amat songsang. Kita gagal untuk melihat mudarat yang dibawa oleh gedung gedung ini. Kita dengan tidak tentu hala – tidak senereh harah mengikut kata orang Negeri Sembilan - merasa bangga kerana wujudnya ‘unggun’ ini di sebelah kawasan rumah kita. Inilah contoh fikrah yang bonsai. Inilah contoh slogan lompong : rakyat didahulukan. Tetapi sebenarkan orang yang berslogan – rakyat didahukukan itu sedang medahulukan kepentingan pemodal antarabangsa.Tidakah ada kesedaran bahawa gedung ini sedang mengambil alih pekan pekan kita. Tidakkah disedari gedung gedung ini akan membunuh pasar malam kita.(TT)
nuffnang_bid = "a80607ff816aa140c9eea90d850a9d98";

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 2:32:00 AM 12 ulasan

Monday, July 27, 2009

ais itu cair dan hilang...

GAMBAR ini menunjukkan sejumlah ais berada (berwarna putih) di Laut Chukchidekat Pelabuhan Barrow, Alaska (kiri) pada Julai 2006 tetapi situasi berubah padaJulai 2007 (kanan) apabila ais itu cair dan hilang.





WASHINGTON - Gambar yang baru ditarik balik daripada kategori rahsia menunjukkan kesan teruk akibat pemanasan cuaca global di Alaska, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Imej satelit itu yang disiarkan pada minggu lalu oleh tentera AS menunjukkan sejumlah kawasan ais hilang di Laut Chukchi.
Gambar itu sebelum ini disimpan dan tidak didedahkan kepada orang ramai ketika AS ditadbir oleh Presiden George W. Bush.
Bagaimanapun, gambar itu dikategorikan tidak lagi menjadi rahsia beberapa bulan selepas Barack Obama menggantikan Bush.
Gambar itu merupakan amaran keras bahawa pemanasan global berjaya mengubah rupa bentuk di kawasan Artik.
Lebih satu juta kilometer ais cair pada musim panas 2007.
Gambar yang dirakamkan pada Julai 2006 menunjukkan sebuah kawasan ais yang besar dekat Pelabuhan Barrow di Alaska.
Bagaimanapun, setahun kemudian, kawasan yang diliputi ais itu hilang kerana cair disebabkan cuaca panas.
"Ia merupakan gambar yang jelas menunjukkan situasi musim panas di Artik," kata seorang pegawai di Pusat Angkasa Lepas Goddard, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Thorsten Markus.
"Situasi itu menjadi punca kenapa kami berasa amat bimbang," jelasnya.
Menurut beberapa saintis, kecairan ais itu mengundang bahaya.
Sejumlah besar haiwan bergantung pada ais itu seperti beruang kutub dan singa laut untuk hidup.
Obama kini mendesak Kongres AS supaya mengambil tindakan bagi menangani isu pemanasan global.
Ais itu menjadi penting kerana tanpanya, kawasan laut di Artik akan menjadi panas.
Isu pemanasan global menjadi perhatian utama pertubuhan bukan kerajaan yang prihatin terhadap alam sekitar di Barat. - Agensi

Sila berjaga jaga ya...

























TAK nampak perbezaannya, rite.. Memang sukar utk mencari perbezaannya. These ppl are very good at their job copying the original site.The only difference is to refer to the address bar. The web address should refer to the bank’s address dan juga sila pastikan tanda icon kunci(mangga) ada pada site itu coz itu confirm that it is a secured site and not a fake site.Sila berjaga jaga ya coz once they have ur id and password, penat-penat duit dan simpanan yg diusaha boleh hilang sekelip mata.



















Wednesday, July 22, 2009

National Endowment for Democracy (NED) dan campurtangan dalam politik di negara lain..

National Endowment for Democracy (NED) mungkin kurang diperhatikan oleh penganalisis politik antarabangsa tempatan. 12 Jun lepas apabila Presiden Mahmoud Ahmadinejad memenangi pilihanraya presiden untuk Republik Islam Iran (menewaskan pencabar terdekatnya Mir Hossein Mousavi), NED menjadi perhatian. Iran mendakwa rusuhan yang meletus di kota Tehran selepas kemenangan Mahmoud didalangi oleh kuasa luar, yang tentu sahaja dinafikan oleh media Barat. Akan tetapi apakah ada kemungkinan dakwaan Iran tersebut benar?Tentu sahaja, Iran adalah salah sebuah negara yang sering diganggu kuasa Barat. Amerika Syarikat misalnya pernah menjatuhkan Perdana Menteri Iran Mohammed Mossadegh dalam tahun 1953, dan menegakkan rejim Shah Reza Pahlavi untuk menjadi boneka mereka di sana. Hal ini misalnya diakui oleh presiden AS sendiri baru-baru ini, Barack Obama menyebutkan di Kaherah (dalam “ucapan damainya” kepada dunia Islam), bahawa “di tengah Perang Dingin, Amerika Syarikat memainkan peranan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Iran secara demokratik.’ (Lihat butiran Rumah Putih di di http://www.whitehouse.gov/the_press_office...ersity-6-04-09/). Dan apabila Shah jatuh digulingkan oleh rakyat menerusi Revolusi Islam pimpinan Imam Ruhullah Khomeini, sekali lagi kerja-kerja untuk mencampuri urusan pentadbiran Republik Islam Iran itu pun bermula di belakang tabir. Di sinilah munculnya NED.NED adalah sebuah agensi separuh kerajaan yang didanai oleh Kongres AS dan beberapa individu yang tujuannya adalah untuk menyokong dan mendokong organisasi di luar AS yang pro polisi luar negara Rumah Putih. Hal ini disebut secara terang dalam laman rasmi NED bahawa penubuhannya sejak 1980 adalah untuk “membantu usaha demokrasi di negara yang dipercayai dapat memberi manfaat kepada Amerika Syarikat, dan kepada pihak yang berhempas pulas memulihkan kebebasan dan hak asasi” (lihat David Lowe, Idea To Reality: A Brief History of the National Endowment for Democracy, http://www.ned.org/about/nedhistory.html).Idea di belakang NED ialah untuk menjadi organisasi muka hadapan CIA dalam mencampuri urusan negara lain. Perkara ini malah diakui oleh salah seorang penubuh NED, Allen Weinstein, “Apa yang kita lakukan hari ini kebanyakannya dilakukan oleh CIA 25 tahun lalu.” (lihat William Blum, Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower, Common Courage Press, Monroe-Maine, 2000, halaman 180.) NED menyalurkan dana secara terus atau melalui badan lain terutama Institut Demokratik Nasional (National Democratic Institute, NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (International Republican Institute, IRI), yang aktif di banyak negara termasuk Malaysia (lihat http://www.iri.org/asia/malaysia.asp dan http://www.ndi.org/malaysia?page=0,1#Funding.)Apakah cara kerja NED? Barangkali elok kita tinjau modus operandi NED di negara-negara yang pernah mereka dalangi. Kaedah pertama, di Nicaragua dalam tahun-tahun 1980-an, NED melakukan kerja batu api dengan memprovokasi aktiviti kepembangkangan. Apabila pembangkang menjadi kuat dan provokatif, pihak kerajaan akan mengambil tindakan keras terhadap pembangkang dan ini akan membolehkan kepercayaan sebahagian besar rakyat terhadap kerajaan yang telah dipilih menerusi cara demokrasi tergugat (lihat Susan F Rasky, CIA Tied to Nicaragua Provocations, dalam akhbar New York Times, 21 September 1988.)Kaedah kedua, dalam pilihan raya di Bulgaria pada tahun 1990, NED menabur wang sebanyak AS$1.5 juta kepada parti pembangkang untuk menjatuhkan Parti Sosialis Bulgaria yang memerintah. Media Barat akan membantu usaha ini dengan meuar-uarkan analisis, pungutan suara rawak, dan pelbagai berita bahawa parti-parti pembangkang akan menumpaskan parti kerajaan dan apabila pembangkang gagal dalam pilihan raya tersebut, parti-parti yang didanai NED telah turun ke jalan raya untuk melakukan protes.Kekacauan berlaku selama berbulan-bulan sehingga perdana menteri dan presiden Bulgaria akhirnya akur lalu meletakkan jawatan (lihat William Blum, halaman 157.) Corak kerja yang sama dilakukan di Albania pada tahun 1991, apabila NED membantu kerajaan komunis dan menaikkan Parti Demokratik yang didanai NED. Dalam tahun 1990 dan 1992, NED turut menjadi sumber kewangan kepada Cuban-American National Foundation, sebuah grup anti Fidel Castro yang berpangkalan di Miami. Cuban-American National Foundation ini pula bertanggungjawab mendanai Luis Posada Carriles, seorang teroris yang pernah melakukan pengeboman terhadap pesawat Cuba dalam tahun 1976 sehingga menyebabkan 73 orang penumpang terbunuh.Kaedah ketiga, ialah dengan menyatukan beberapa parti pembangkang berlainan ideologi di bawah satu payung. Gabungan pembangkang ini akan didanai menerusi seorang tokoh yang dikenal pasti dengan harapan dapat menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Kaedah ini dilakukan dengan berkesan sekali di Mongolia dalam tahun 1996. NED telah menyatukan beberapa parti pembangkang di bawah nama Pakatan Demokratik Nasional untuk menewaskan parti kerajaan yang berkuasa sejak 1992. Harus diingatkan gabungan pembangkang itu bukanlah parti anti-Barat atau Rumah Putih. Cuma parti tersebut enggan tunduk kepada beberapa polisi ekonomi serantau yang diatur AS.Sebelum tahun 1996, media sekali lagi berperanan mempromosikan “terapi ekonomi” buat kerajaan Mongolia yang kononnya untuk menyaingi kuasa besar China dari segi perdagangan. Sebenarnya polisi ekonomi yang dimaksudkan adalah untuk membolehkan Mongolia membuka rangkaian bisnes anti-China, dan dalam masa yang sama syarikat-syarikat swasta Barat ini dapat menjadi menjadi perisik dan telinga untuk CIA.Hal ini didedahkan oleh pengkaji yang sama iaitu William Blum menerusi bukunya, Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower. Bentuk yang serupa dilakukan NED di Haiti untuk menggulingkan Presiden Jean-Bertrand Aristide. Dan contoh klasik ialah usaha NED di Venezuela dalam tahun 2002 untuk menggulingkan Presiden Hugo Chavez. Usaha tersebut gagal, malah salah seorang koresponden CNN mengakui ikut menjadi konspirator dalam rampasan kuasa 48 jam tersebut.Kembali ke Republik Islam Iran, antara tahun 2005 ke 2007, NED misalnya telah memberi AS$345,000 kepada Yayasan Abdorrahman Boroumand, ABF, (perincian dana NED boleh dilihat di laman National Endowment for Democracy http://www.ned.org.) ABF ini pula adalah pengasas kepada gerakan penentangan nasional Iran, sebuah grup yang ditubuhkan untuk menjatuhkan “kerajaan mullah” di Iran. Menurut laman rasmi ABF, pengasas mereka Abdorrahman telah dibunuh secara rahsia oleh ejen kerajaan Iran di Paris dalam tahun 1991 (lihat laman Yayasan Abdorrahman Boroumand melalui http://www.iranrights.org/).Penerima dana NED yang lain ialah Majlis Iran Amerika Nasional (NIAC), menerima AS$25,000 dalam tahun 2002, AS$64,000 dalam tahun 2005, dan AS$107,000 dalam tahun 2006. Di sinilah datangnya kaedah keempat NED iaitu “media training workshop” kononnya untuk melatih peserta mewakili masyarakat dalam bidang komunikasi awam. NIAC aktif menganjurkan bengkel dan seminar untuk tujuan “mengukuhkan kapasiti pertubuhan sivil di Iran.” Antara slogan bengkel anjuran NIAC adalah seperti merangsang pertumbuhan masyarakat madani, atau ke arah hak asasi dan lain-lain lagi (lihat http://www.ned.org/grants/06programs/grants-mena06.html#iran.)Gerakan ini tentu sahaja telah dikesani oleh Iran. November 2008, lama sebelum pilihan raya presiden Iran berlangsung, duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mohammad-Javad Zarif menuduh AS sedang merancang revolusi warna di Iran. Menurut beliau, kaedah yang diatur NED ialah dengan cara mengundang sarjana dari universiti-universiti di Iran untuk menghadiri konferens akademik di Barat, akan tetapi apabila mereka menyertai sesi undangan itu, sarjana ini akan menyedari mereka sedang berhimpun untuk membincangkan mekanisme menjatuhkan kerajaan Iran (lihat US Plotting Velvet Revolution in Iran?, Press TV, 18 November 2008 menerusi laman http://www.presstv.ir/detail.aspx?id=75784...ionid=351020101)Hal ini tidaklah mengejutkan kerana dalam bulan Februari 2006, Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice telah memohon dana mengejut dari Kongres sebanyak AS$75 juta dengan AS$10 juta akan diperuntukkan untuk “merangsang kempen propaganda menentang Tehran.” Wang sebesar itu akan disalurkan untuk “siaran radio dan televisyen bahasa Parsi dari AS, memberi biasiswa kepada pelajar yang ingin menuntut di AS dan untuk mendanai gerakan prodemokrasi di Iran. Menurut Rice, “dana itu penting untuk menunjukkan AS menyokong aspirasi kebebasan dan demokrasi yang menjadi hak rakyat Iran” (lihat Ewen MacAskill dan Julian Borger, Bush Plans Huge Propaganda Campaign in Iran, Guardian, 16 Februari 2006http://www.guardian.co.uk/media/2006/feb/16/usnews.iran)Kaedah kelima NED, ialah dengan menjejaskan ekonomi sesebuah negara yang disasarkan seraya melakukan penyebaran propaganda menerusi semua media (untuk menyelewengkan maklumat dan berita) bahawa negara tersebut sedang disalah urus. Buktinya, laporan ABC News dan Telegraph yang menyebutkan Presiden George Bush telah memberi izin kepada CIA untuk melancarkan operasi hitam untuk menjatuhkan kerajaan Iran yang ada sekarang. Caranya dengan “menjalankan kempen maklumat salah bertujuan menjejaskan kestabilan dan akhirnya, pemerintahan teokratik para mullah.”Pelan asal tersebut yang digerakkan oleh NED ialah dengan memanipulasi matawang Iran supaya kedudukan ekonomi republik tersebut terjejas (lihat Bush Authorizes New Covert Action Against Iran, ABC News The Blotter, 22 Mei 2007 http://blogs.abcnews.com/theblotter/2007/0...authorizes.html dan laporan Tim Shipman, Bush sanctions “black ops” against Iran, Telegraph 27 Mei, 2007 http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/...ainst-Iran.html)Kaedah keenam, NED cekap menggunakan media baharu (termasuk blog, Facebook, Friendster, Youtube, dan Twitter) untuk mencetuskan keadaan huru-hara di sesebuah negara. Dua bulan sebelum pilihan raya presiden Iran berlangsung, Iran menerusi apa yang dikenali di Barat sebagai Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah mendedahkan upaya dari luar untuk menjatuhkan kerajaan. Badan tersebut menyebut Belanda, AS dan Inggeris sedang mendanai gerakan anti kerajaan untuk mendorong revolusi kecil (lihat Iran uncovers cyber plot to topple government, Press TV, 11 April 2009http://www.presstv.ir/detail.aspx?id=91129...ionid=351020101).Seperti yang telah dimaklumi perarakan dan bantahan dari kumpulan pembangkang menyusul sebaik sahaja kemenangan besar Presiden Mahmoud Ahmadinejad diumumkan. Rusuhan dan protes malah menjadi buruk dengan kemudahan awam seperti bas dan telefon publik dimusnahkan oleh penyokong Mir Houssein Mousavi. Pihak berkuasa terpaksa bertindak. Para militari Basij yang setia kepada Imam Ali Khamenei dituduh menyerbu Universiti Tehran dan membunuh perusuh yang membantah keputusan pilihan raya tersebut. Antara demonstran yang terbunuh ialah Neda Agha Soltan. Kematian Neda malah dirakam dalam video dan tersebar meluas di Youtube (lihat Michael Weissenstein and Anna Johnson, Amateur Video Turns Woman Into Icon of Iran Unrest, Associated Press, 23 Jun 2009 http://www.google.com/hostednews/ap/articl...aesBPAD9902QK00)Di tengah-tengah huru-hara ini, kerajaan Iran yang menyedari peranan internet dalam merosakkan keamanan telah menutup sistem internet dan melarang jurnalis asing dari membuat apa-apa laporan. Twitter muncul sebagai medium komunikasi parti pembangkang dan agensi berita asing. Apakah itu twitter? Twitter adalah satu bentuk maklumat ringkas yang dapat dicapai menerusi web browser atau sistem pesanan ringkas di telefon bimbit. Pengguna boleh mendaftar untuk mendapatkan maklumat terkini tentang sesuatu kejadian. Meskipun menutup semua sistem sms, Twitter bagaimanapun tidak dapat ditutup oleh kerajaan Iran. Di sinilah timbul tanda tanya kerana Washington Post sendiri mengesahkan bahawa kebanyakan maklumat dari Twitter ini bukannya datang dari Iran sendiri, “It is hard to say how much twittering is actually going on inside Iran” (lihat Mike Musgrove, Twitter Is a Player In Iran’s Drama, Washington Post, 17 Jun 2009 http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/conte...9061603391.html).Perkara ini disahkan oleh laporan New York Times yang mengatakan maklumat menerusi Twitter kebanyakannya tidak boleh dipercayai, “Just as Twitter has helped get out first-hand reports from Tehran, it has also spread inaccurate information, perhaps even disinformation.” Akhbar itu menyebutkan antara berita terkini yang tidak benar ialah 3 juta penyokong Mir Hussein keluar membantah, dan beliau ditahan dalam rumah, “that three millon protested in Tehran last weekend (more like a few hundred thousand); that the opposition candidate Mir Hussein Moussavi was under house arrest he was being watched” (lihat Noam Cohen, Twitter on the Barricades: Six Lessons Learned, New York Times, 20 Jun 2009 http://www.nytimes.com/2009/06/21/weekinre...21cohenweb.html)Maklumat tidak benar (perarakan tiga ribu menjadi 3 juta) menerusi Twitter itu kemudiannya dilaporkan oleh penulis blog terkenal Andrew Sullivan menerusi blognya The Daily Dish (lihat Andrew Sullivan, Follow-Up On Earlier Posts, The Atlantic, The Daily Dish, 13 Jun 2009 http://andrewsullivan.theatlantic.com/the_...lier-posts.html) Laporan penuh penyelewengan tersebut kemudiannya dipetik pula kebanyakan agensi berita seperti CNN dan AP. Peranan CIA dan NED dalam Twitter wajar diragui kerana apabila firma yang menguruskan Twitter iaitu Twitter Inc perlu melakukan kemaskini berjadualnya seperti biasa, kerajaan AS telah meminta supaya Twitter Inc menangguhkan “scheduled maintenance” tersebut.Ini kerana Jabatan Negara berpandangan yang Twitter sangat berguna untuk orang ramai di Iran mendapatkan maklumat yang diperlukan. Seorang staf Jabatan Negara telah mengatakan, “one of the areas where people are able to get out the word is through Twitter. They announced they were going to shut down their system for maintenance and we asked them not to” (lihat Mike Musgrove, Twitter Is a Player In Iran’s Drama, Washington Post, 17 Jun 2009 http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/conte...9061603391.html). Mengapakah Rumah Putih mencampuri jadual kemaskini Twitter tentu sahaja menimbulkan teka-teki.Kaedah-kaedah yang digunakan NED di Iran dan negara lain munasabah untuk direnungi oleh Parti Islam Se-Malaysia selaku sebuah gerakan Islam. Sudah tiba masanya PAS mempunyai mekanisme sendiri untuk menebat dan mengekang kemaraan musuh yang semakin sofistikated dan bijak dalam menyucuk jarum. PAS perlu menyediakan satu pelan khusus untuk memantau gerakan musuh dalam selimut, mengenalpasti mereka dan menyingkirkan mereka tanpa rasa bersalah. Untuk itu PAS perlu menganalisis strategi politik mereka supaya tidak terjerumus dalam jerangkap musuh ummah.Semua kaedah NED di atas telah pun diamalkan dan dikemukakan di Malaysia. Kita sudah menyaksikan gerakan massa berasaskan warna, Bersih yang dikenali dengan warna kuning. Bersih, menurut NDI, “was started by the Joint Action Committee on Electoral Reform (JACER) that emerged from a July 2005 workshop organized by NDI and attended by the three main opposition political parties,” (lihat http://www.ndi.org/malaysia?page=0,1#Funding.)Parti-parti politik tempatan termasuk PAS sendiri pernah terlibat dengan bengkel dan latihan dikendalikan NDI dan IRI yang didanai NED (lihat http://www.iri.org/asia/malaysia/2006-08-06-Malaysia.asp.) Merdeka Center, sebuah badan kajian pendapat yang ada kalanya boleh dipersoalkan hasil kajiannya juga mendapat dana daripada IRI (lihat http://www.merdeka.org/pages/08_links.html.)Sudah tiba masanya PAS mengurangkan syahwat terhadap kuasa dan kerusi lantas kembali kepada fungsi asalnya iaitu untuk menjadi juara kepada umat Muslim. Untuk itu agenda perpaduan ummah mesti didahulukan berbanding agenda-agenda lain yang mungkin sahaja telah “disediakan” musuh umat seperti AS. Pimpinan PAS perlu rajin meneliti perkembangan politik antarabangsa, dengan memperkuatkan lajnah antarabangsa dan menghasilkan bahan-bahan latihan dan usrah baharu yang lebih membina kefahaman tentang dunia kontemporari. Tidak ada salahnya juga untuk PAS belajar dari negara-negara yang pernah diganggu AS.Yang paling dekat dengan PAS tentunya Republik Islam Iran.

* Untuk tujuan kesedaran ramai dibenarkan untuk disebarkan artikel ini tetapi sila kreditkan Siasah edisi 19-25 Julai 09 bilangan 0158 yang menyiarkannya; dan pautkan kembali ke blog ini.

Terima Kasih.