Ibnu Hasyim: CATATAN PERJALANAN:Orang Melayu Kemboja 1ANGIN sepoi-sepoi bahasa bertiup dari Sungai Mekong sungguh menyegarkan। Sungai yang membelah dan merentasi bumi negara Kemboja, dari Laos mengalir menuju ke Phnom Penh lalu terus ke Laut Teluk Siam. Di pinggir sungai sebelum sampai ke Phnom Penh itu, terdapat antaranya sebuah bandar ibu negeri Kampung Cham, salah sebuah negeri dalam negara Kemboja.Dari atas tebing sungai itu jelas nampak kapal-kapal dagang sedang berlabuh। Beberapa buah bot kecil dan feri sedang hilir mudik mengambi penumpang. Pekerja-pekerja sibuk mengangkut barang. Di daratan, gerai-gerai pacak berderetan di pinggir jalan, walaupun ada kedai-kedai batu yang tetap. Pengunjung-pengunjung bergegas ke distinasi masing-masing.Di antara yang ramai itu, sekali-sekala melintas wanita bertudung sopan, gaya Melayu trasional। Lelakinya berkain sarung, kepala berkupiah lebai, ada yang dibelit dengan serban. Ada juga yang menyangkut di bahunya sahaja. Sudah tentu mereka adalah orang Melayu Cham, walaupun ramai lagi yang tidak berpakaian seperti itu, terutama yang sudah keluar dari kampong tinggal di bandar.Begitulah juga kawan saya orang Cham yang sama-sama kami hendak pergi ke Perik Aji di negeri Kampung Cham। Cham atau Champa adalah nama penduduk negeri itu, satu masa dulu pernah mendirikan kerajaan sepanjang pantai antara gunung-gunung Annam atau sekarang disebut Vietnam. Kerajaan yang pernah terkenal pada kurun ke7 masehi dahulu.Kampung Cham adalah negeri paling ramai penduduk Islamnya di Kemboja। Jumlah semua penduduk,termasuk pelbagai agama di sana ialah kira-kira 10,000 orang. Pada waktu itu (sekitar tahun 2,000 masihi), dikatakan jumlah masjid dianggarkan 300 buah yang sentiasa bertumbuhan bagai cendawan musim hujan sepanjang masa॥Teringat saya sewaktu mula bertemu dengan kawan saya itu depan Kedutaan Malaysia di Phnom Penh॥“Ustaz orang Malaysia?” Dia tanya dalam bahasa Melayu loghat Kemboja।Bila saya mengangguk, kami saling berkenalan। Dengan tanpa syak buruk, dia terus mengajak saya ke rumahnya di Perik Aji atau Parit Haji itu. Memang saya minat sangat hendak berziarah ke Kampung Cham. Minat saya timbul baru semalam, selepas solat Jumaat di Masjid Besar Phnom Penh, di mana khutbahnya dalam bahasa Melayu. Imamnya ‘berkhutbah’ bukan ‘baca khutbah’ macam di kebanyakan masjid-masjid di Malaysia.“Mengapa Tuan Imam beri khutbah dalam bahasa Melayu, sedangkan kebanyakan pendengarnya orang Kemboja, atau lain-lain bangsa seperti India, Pakistan dan Arab yang tidak faham bahasa Melayu?” Tanya saya semasa saya berada di rumahnya lepas solat Jumaat.Rumahnya di suatu sudut kecil di bawah masjid tersebut। Masa pemerintahan komunis dulu, masjid tersebut dirampas dan dijadikan restoran tempat askar-askarnya minum arak. Bila pemerintahan beralih kepada demokrasi, masjid tersebut dibeli semula oleh dermawan-dermawan dari Kuwait, dan dijadikan masjid semula.“Islam datang ke sini, antaranya dibawa oleh orang Melayu, terutama dari negeri Kelantan।” Jawab beliau. “Namun, kita tidak menafikan pandangan pengkaji-pengkaji sejarah yang berpendapat, Islam tersebar ke nusantara pun mula dari arah selatan negara China. Hal ini terbukti hasil penemuan batu bersurat di Phan Rang, Vietnam Selatan bertarikh 416/431 Hijrah. Selain itu, beberapa buah batu bersurat lain turut ditemui di sepanjang jalan laut dari pantai Indo-China ke Terengganu. Itu dulu. Yang saya maksudkan sekitar abad satu dua abad yang lalu.”Beliau mendapat didikan agama Islam di Mesir। Semasa pemerintahan komunis beliau pernah dipenjara beberapa tahun.“Jadi untuk belajar Islam, maka lebih mudah dalam bahasa Melayu... Banyak persamaan dari segi sosio-budaya dan rupa-bangsa, terutamanya bahasa। Contohnya, perkataan ‘kelantan’, dalam bahasa kami (Melayu Cham) maknanya ‘ular besar’ atau ‘ular banyak hingga bertindih-tindih’. ‘Melaka’ ertinya ‘perhentian’. Bagaimana cerita Parameswara berhenti di bawah sepohon pokok … pokok melaka seperti dalam buku Sejarah Melayu.Begitu juga perkataan ‘kampung’ yang masih dipakai di sini। Nama tempat Pengkalan ‘Cepa’ di Kelantan menurut loghat Kelantan, sedang asalnya dari perkataan ‘Champa’ atau Cham, dan banyak lagi.… Saya juga masih ingat di peringkat ayah atau nenek saya dulu, bagaimana kegigihan ulama-ulama yang memperjuangkan agama Islam di sini, seperti ayah saya dari Kelantan, Tuan Guru Haji Saleh dari Tanah Melayu, ada dari Pattani, Indonesia dan lain-lain!” Jelas beliau lagi.“Sehingga sekarang, ada sebuah kampong di Kemboja, yang penduduknya membahasakan diri mereka dengan istilah ‘jawaku’। Ini menunjukkan betapa dekatnya jiwa mereka dengan Orang Jawi atau Orang Melayu dari Tanah Jawa. Tapi sayang…” Katanya agak mengeluh. “Mereka tidak menganut agama Islam.”“Kenapa boleh jadi begitu?” Saya tanya tidak sabar-sabar lagi।“Boleh jadi juga mereka datang tidak bersama-sama agama Islam॥ hanya atas nama bangsa Jawa sahaja।”Hal-hal beginilah menyebabkan minat saya melonjak-lonjak untuk pergi berziarah ke Kampung Cham, mengikut kawan saya yang baru kenal itu।











