Thursday, July 16, 2009

CENGKAMAN BRITISH DI MALAYA SELEPAS PDII

_______________________________
sumbangan artikel dari Saudara Panji Darman_______________________________

Dasar Penjajahan British selepas PDII sebenarnya telah dirangka demi memperkukuhkan nilai sterling England yang telah diterima menjadi perantaraan tukaran luar perdagagan antarabangsa ketika itu. Nilai Sterling juga sebenarnya menjadi kayu ukur kuasa beli dan kekayaan kelas bourgeosie-aristokrat yang berpusat di London. Kekayaan negeri ini semakin hari semakin kukuh kerana ekonominya disokong dengan sumber kekayaan dari tanah jajahan dan telah menjadikan kaum bourgeoisie ini merayakan kehidupan mereka seperti di dalam sebuah syurga di kota London sekitar tahun 1945-1955.Gaya hidup mewah ini juga telah memukau dan mempengaruhi kelas bourgeoisie – aristocrat di Malaya. Budaya dan amalan hidup golongan ini semakin menjadi sebati di antara mereka dan ini memudahkan kerjasama antaranya dalam banyak perkara termasuk mengatur soal pentadbiran yang menyangkut kepentingan British. Pada tahun 1940 Pound Sterling telah mendapat status sebagai alat tukaran luar imbangan pembayaran eksport – import hinggalah pada tahun 1958 ia telah diguna di seluruh negeri-negeri di bawah empayar British. Ini telah memudahkan lagi pergantungan dan penindasan seterusnya ke atas tanah jajahan. Pada ketika itu Pound sterling menjadi alat tukaran luar bagi dagangan antarabangsa sama ada antara negeri-negeri empayar British atau yang melibatkan urusan eksport dan import dari Great Britain sendiri. Keadaan ekonomi yang semakin terbuka selepas PDII memudahkan sistem pengeluaran dan dagangan yang bersandarkan mode liberal kapitalis meresap masuk dalam budaya negara jajahan. Sekaligus, keadaan ini juga telah memudahkan British memunggah keluar hasil bumi Malaya dengan lancar.Dengan kuasa yang ada, pertukaran barangan antara kuasa imperialis dengan negari jajahan berlaku di bawah struktur yang tidak seimbang dengan nisbah dagangan (term of trade) yang memihak kepada British dan ini menjadikan Malaya dan Singapura sentiasa mengalami defisit dalam imbangan perdagangannya. Barangan British yang masuk ke Malaya perlu dibayar dengan jumlah tukaran yang lebih besar. Kepada kaum buruh upah yang sangat rendah, di bawah sara hidup dan kerjapaksa dikuatkuasa demi lebihan dan dorongan untung ekonomi pengeluaran kapitalis. Tiada siapapun yang dapat membetulkan keadaan ini kerana kuasa imperialist menguasai sepenuhnya sistem politik dan pentadbiran negari jajahannya. London pada ketika itu menjadi pusat kepada pentadbiran tanah-tanah jajahan dalam semua urusan termasuk soal ketenteraan dan mobiliti sumber-sumber ekonominya.




Pada tahun 1944 Perdana Menteri British, Churchill telah mengarahkan Anthony Eden supaya British meneruskan cengkamannya di Malaya dan Singapura demi menjamin nilai sterling sedia ada agar sentiasa berada di tahap yang tinggi. British merancang untuk tidak melakukan pengunduran yang dianggapnya sebagai “premature withdrawal” melainkan sesudah misinya tercapai, malah mereka tidak bersedia untuk mencairkan harta kekayaan yang mereka kumpul di Malaya dalam bentuk tunai dan kembali ke England. Justeru mereka telah mempertahankan segala dasar penguasaannya di Malaya kerana keadaan di sini adalah lemah dan boleh dikawal semula. Oleh sebab itulah selepas kekalahan Jepun pada tahun 1945 Inggeris kembali bertapak di Malaya. British tidak terkilan memerdekakan India pada tahun 1947. Pada mereka Malaya adalah kalong permata yang tergantung di leher benua Asia yang boleh menyinarkan cahayanya di seluruh England. Buminya begitu kaya dengan sumber ekonomi khususnya getah dan timah yang menjadi keperluan industri utama di England dan Eropah. Permintaan tinggi terhadap timah dan getah telah menjadikan British memperolehi tukaran luar yang besar dan mampu menyokong sterling British agar sentiasa berada di paras kemuncak. Kedudukan sterling sentiasa berada di paras cukup tinggi berbanding dengan tukaran lain termasuk Dollar Amerika. Kemasukan semula British ke Malaya pada 1945 bukanlah untuk menangkap rama-rama yang cantik yang muncul berterbangan dengan tiba-tiba selepas sahaja Jepun tewas. Rakyat Malaya pada ketika itu tercengang dengan kehadiran rama-rama yang cantik ini dan begitu banyak berterbangan di setiap pelusuk tanah air. Kedatangan semula kuasa imperialis ini demi memperteguhkan taraf hidup Anglo-Saxon di London dengan mengembleng segala sumber kekayaan yang ada di tanah jajahan, khususnya Malaya dan Singapura demi memperteguhkan nilai sterlingnya. Pada Julai 1948 selepas darurat diiyshtiharkan. setiausaha kepada negeri-negeri kolonial British, Creech Jones dalam satu memorandum kepada Menteri Kabinet British; menyebut "bahawa untuk tahun 1947 jumlah keseluruhan nilai eksport Singapura dan Malaya adalah berjumlah 15 juta pound sterling berbanding dengan lain-lain jajahan seluruhnya yang bejumlah 56 juta pound sterling. Malaya dan Singapura telah menyumbangkan lebih kurang 27 peratus perolehan hasil kepada London". Tukaran USD dagangan luarnya pula berjumlah lebih 56 juta dalam sebutan pound sterling pada tahun 1947. Malaya dengan sumber kekayaannya juga menjadi sumber tukaran dollar – Sterling yang besar kepada British. Melihat bagaimana British telah mengurus kekayaan Malaya dengan begitu cekap sekali khususnya dalam mengedalikan urusan perdagangan luar, Dato’ Onn yang ketika itu menjadi Pegawai Daerah di Johor mengakui pada 27 Januari 1947 dalam ucapannya di satu perjumpaan UMNO di Alor Setar menyedari tentang kekurangan dan kelemahan orang Melayu; Ucapan ini telah dibentangkan di London oleh Sir Gent; wakil British di Malaya seperti berikut; "In his opening address, Dato Onn stressed that the Malay people are not ready for independence. He ridiculed those Malays who demand immediate independence, pointing out that there is not Malay fitted to be a Minister, or a representative to the United Nations or an ambassador" (Barbara Andaya Visiting Professor in History The Raffle Lecture page 177).
Dicatat oleh M.A. di Selasa, Julai 14, 2009 1 ulasan Pautan pada catatan ini
Label: ,

Wednesday, July 15, 2009

Pasca-PPSMI: Lagi RM5 bilion duit kita dan Mahathir masih ada

Oleh Helen Ang
Jumaat, 10 Julai 2009 19:50

Kerajaan memperuntukkan hampir RM5 bilion bagi 'mengukuhkan' pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, mengikut laporan agensi berita nasional Bernama memetik Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi. Ia mengumumkan demikian di Dewan Negara kelmarin tatkala sesi soal jawab.

Sebelum ini, RM3.16 bilion dibelanjakan untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Hishamuddin Hussein waktu itu selaku Menteri Pelajaran memberitahu pemberita pada bulan Mac. Daripada jumlah tersebut, RM2.4 bilion dihabiskan atas peralatan teknologi komunikasi maklumat (ICT).

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, mengulas rombakan PPSMI pula berkata, “Sekonyong-konyong mereka cuba menutup sebelah mata setelah RM4.5 bilion ringgit dana awam dibelanjakan demi perlaksanaan dasar tersebut walaupun mendapat bantahan segenap lapisan masyarakat”.

PPSMI merupakan satu lagi projek Barisan Nasional. Adakah kita nampak hasil daripada projek mahal-mahal belaka ini, misalan kata, program sepi Rakan Muda yang menelan kos RM0.64 bilion menjangkaui tempoh Rancangan Malaysia Ke-8 dan ke-9?

Barangkali usaha hendak memperkasakan Bahasa Inggeris ibarat pisang berbuah dua kali. Dijangka prasarana seperti makmal-makmal bahasa akan dibina, dan kemudiannya dilengkapi dengan perisian ICT serta peralatan audio yang kos mereka melangit.

Mengingati komputer (bersalut emas kot) yang dibekalkan bagi PPSMI, mungkin makmal bahasa Inggeris akan menggayakan headphone yang lain daripada yang lain, kononnya (bertatahkan intan permata, jika diikutkan tilikan saya).

Momok Mahathir

Timbalan ketua MCA Dr Chua Soi Lek dua hari lalu mengatakan parti Cinanya memang mengalu-alukan keputusan kerajaan mematah balik PPSMI. Tetapi pada Julai 2002 bilamana dasar tersebut diluluskan dengan tergesa-gesa oleh mesyuarat khas kabinet, kesemua wakil MCA dalam jemaah menteri mendiam seribu bahasa agaknya.

Pada 2003, PPSMI mula diperkenalkan di sekolah. Suratkhabar Utusan Malaysia masa itu tidak pun menyeru 'Bangkitlah Melayu' demi mempertahankan martabat bahasa tercinta.

Dr M dalam blognya Che Det bulan lepas mencabar: “Maybe someone should make a study of the Malays of Singapore just to know what it is like to be a Malay minority in their own country.”

Mantan Perdana Menteri kita nampaknya terlalu asyik memerli Singapura. Rakan seangkatannya Lee Kuan Yew yang menggembangkan aliran persekolahan Inggeris dan dengan ini, Inggeris adalah bahasa pengantar Sains dan Matematiknya. Maka minoriti Melayu di Singapura berpendidikan PPSMI lah. Kalaupun Mahathir nak complain, kena bertempat.

Bahasa kebangsaan Singapura ialah Bahasa Melayu tetapi itu pada nama sahaja. Bahasa Mandarin diletakkan di tangga kedua. Natijahnya, minoriti Melayu “dalam negeri sendiri” (meminjam ungkapan Dr M) kurang mengamalkan lingua franca Nusantara, yakni bahasa Melayu, di ruang awam.

Walaupun Melayu majoriti in our country, Mahathir individu yang paling riak menidakkan keupayaan bahasa milik bangsanya.

Che Detters akan berdemo?

Kerajaan sudah sanggup mengakui kelemahan dan kepincangan PPSMI.

Dalam kenyataan akhbarnya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa pencapaian murid didapati terjejas. Pemantauan Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 menunjukkan sebahagian kecil sahaja guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam PPSMI, dan hanya sebahagian guru Matematik dan Sains yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun 2008 dikira profisien.

Muhyiddin juga menyatakan: “Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan”.

Akan tetapi Dr Mahathir masih ingin menegakkan benang basahnya. Ia menjalankan pungutan suara online di blognya Che Det di mana 84 peratus, ataupun 35,000 undi dicatat [Julai 10, 6.50 petang] yang tidak menyetujui Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Malaysia.

Jelas bahawa bekas pemimpin tersohor kita masih amat kuat pengaruhnya. Dr M berjanji rungutan pembaca blog akan disampaikannya kepada pihak berkuasa (sebut Najib). Che Det merupakan fenomena suara agresif yang lantang kedengaran, dan Dr M sebagai penggait kumpulan mendesak kerajaan.

Sebagai bandingan, baru-baru ini media Barat mencanangkan calon pembangkang Mir Hossein Moussavi memenangi piliharaya melantik presiden Iran. Penyandang jawatan Mahmoud Ahmadinejad tidak kurang mendapat sokongan tetapi pengikut-pengikut beliau kebanyakannya orang kampung serta yang miskin.

Wartawan Barat berpengkalan di hotel lima bintang ibukota tidak keluar ke kawasan pedalaman untuk menemuramah penduduk di sana. Oleh kerana mereka berbual dengan golongan elit Tehran yang bertutur Inggeris dan pro-Moussavi, maka liputan media Barat lebih cenderong kepada Moussavi.

Lebih kurang sama keadaannya di Malaysia.

Mereka-mereka di blog Che Det adalah orang berada yang mampu memasang Internet. Malah posting dan tinjauan pendapat Dr M dikarya dan dibentuk dalam bahasa Inggeris. Adalah 84 peratus undian Che Det mencerminkan suara betul rakyat jelata? Rasa saya, tidak.

Sengaja diselewengkan oleh Mahathir

Dr Mahathir seperti lazimnya pandai memutar-belitkan wacana. Ia menulis: “I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.”

Dr M sengaja memberi gambaran salah, seolah-olah kelima-lima orang Sasterawan Negara, para profesor serta ahli akademik anti-PPSMI menganggap seseorang yang cakap orang putih kurang sifat keMelayuannya. Tuduhan ini rekaan Dr M semata-mata.

Yang dipertikaikan Gerakan Mansuh PPSMI terang-terang perkara lain. Tidak dinafikan ada kemusykilan sistem pendidikan kita di mana cikgu sungguhpun mantap dalam bidang Sains dan Matematik tetapi tidak selesa mengajar dalam bahasa Inggeris, manakala murid kurang fasih.

Gapena akur bahawa bahasa Inggeris penting. Tidak sesiapa di kalangan gabungan anti-PPSMI yang anti-Bahasa Inggeris. Akan tetapi sandiwara Dr Mahathir mengandaikan mereka menolak bahasa Inggeris, walhal yang ditolak ialah cetusan PPSMI-nya yang 'half-past six'.

Dr Mahathir juga berniat kaburkan isu dengan hujah menyimpang iaitu Malaysia tidak akan terdaya menterjemahkan terbitan terkini jurnal-jurnal sains yang melambak-lambak. Tetapi adakah budak berusia 7 tahun itu perlu merujuk kepada jurnal atau kertas kerja saintifik dalam apa jua bahasa?

Dr M membahas: “Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?”

Berapa ramailah remaja berpeluang menjadi diplomat, ataupun dikehendaki membentangkan presentation kepada hadirin asing? Sementara itu, yang duduk di bangku sekolah berjuta-juta orang dan tidak terkira berapa ramai di antara mereka yang semakin hilang minat terhadap Sains dan Matematik angkara PPSMI.

Dr M campurtangan lagi

“ Untuk semua ini [memahami teori dan aplikasi ciptaan roket dan sebagainya] kita perlu sains yang canggih dan terkini hasil kajiselidik pakar ilmu sains seperti Albert Einstein dengan teori relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, Werner Heisenberg dan lain-lain,” Dr M memblog lagi.

Eh, betulkah teori relativiti Einstein termasuk dalam sukatan pelajaran kita? Adakah anak Mahathir yang menjadi timbalan menteri tu memahami teori relativiti, apatah budak sekolah?

Rasa-rasanya Mahahtir mudah lupa; bahasa ibunda ataupun bahasa asal Einstein ialah German, bukan Inggeris.

Tiada alasan kenapa bahasa Melayu nak dikatakan tidak mampu berfungsi sebagai bahasa ilmiah. Bukankah ianya bahasa yang matang? Tidakkah Dr Mahathir percaya yang bahasa kebangsaan kita satu bahasa yang berwibawa?

“ But we want to use English only for science and mathematics and these two subjects are based on truths and logic – not on how clever you are in making decisions or explaining things,” ujar Dr M. Macamlah bahasa-bahasa lain dunia tidak mendokong kebenaran dan logik, kecuali maha Inggeris.

Sepertimana yang dijangka, Bapa Pengilham kaedah 'Matematik-Sains-boleh-meningkatkan-penguasaan-bahasa-Inggeris' melenting kerana PPSMI yang sinonim dengan namanya bakal ditalkinkan. Si Polan lupa diri yang berani membatalkan projek-projek kesayangan Tun Mahathir Mohamad sebenarnya mengundang musibah.

Pak Lah yang gah menggagalkan Jambatan Bengkok hakcipta MM pernah menerima padahnya.

Sekarang ini, perdana menteri baru masuk seratus hari, PPSMI pula tidak menjadi! Alahai Najib, kesiannya … apa nasib malang yang menantimu di tangan Minister Mentor kita?


Related:
… the [PPSMI] directive did not originate from the Education Ministry but was instead the premier’s executive order. This was how the country was run – at the whim of one man. On Aug 10, 2008 Dr Mahathir blogged in Chedet: “I admit that I am responsible for the decision to teach Science and Mathematics in English”.
Math and Science: The case for BM (1)

Is it so incomprehensible to urbanites that the majority of rural children don’t speak English at home? That the people around them don’t speak English? That even their older brothers and sisters who are college-age speak little or poor English? The poor are unfamiliar with English, period.
Math and Science: The case for BM (2)

Utar students have come mostly from the vernacular schools. They learned their Math and Science in Chinese but at tertiary level do Accounting, Business, Engineering and Computer Science courses in English. They adapt to the language switch. … UiTM students adapt to English as well.
Language policy: The Utar-Mara Chicken and Duck Talk

Dr Mahathir Mohamad, whose brainchild the PPSMI is, insists that because English is an important language in Math and Science, children must study the two subjects in it. By the same token, if 30 years hence China overtakes the United States as superpower, and Mandarin becomes the language of international trade, would [he] then insist Malaysian schoolchildren should study Commerce and Accounting in Mandarin?
Mahathir merajuk, ‘let them eat silicon chips’

Turkey PM told to retract Xinjiang ‘genocide’ claim ! Kita bila lagi?














Chinese soldiers in riot gear stand guard alonga main street in the city of Urumqi today. – Reuters pic

BEIJING, July 14 — An official Chinese newspaper urged Turkish Prime Minister Tayyip Erdogan today to take back remarks that genocide was being committed in China’s Muslim region of Xinjiang, where rioting killed 184 people.

In Xinjiang’s worst ethnic violence in decades, Uighurs attacked Han Chinese, the country’s predominant ethnic group, in the regional capital Urumqi on July 5 after police tried to break up a protest against fatal attacks on Uighur workers at a factory in south China.

Han Chinese launched revenge attacks two days later.
In an editorial headlined “Don’t twist facts,” the English-language China Daily said the fact that 137 of the 184 victims were Han Chinese “speaks volumes for the nature of the event.”
The death toll included 46 Uighurs, a Turkic people who are largely Muslim and share linguistic and cultural bonds with Central Asia.
The newspaper urged Erdogan to “take back his remarks ... which constitute interference in China’s internal affairs.”

More than 1,600 people were wounded and 1,000 detained in an ensuing crackdown.
In comments broadcast live on NTV television last Friday, Erdogan told reporters: “The incidents in China are, simply put, a genocide. There’s no point in interpreting this otherwise.”
He called on Chinese authorities to intervene to prevent more deaths.
Chinese Foreign Minister Yang Jiechi told his Turkish counterpart by telephone on Sunday the Urumqi riots were a grave crime orchestrated by the “three evil forces,” state news agency Xinhua said, referring to “extremism, separatism and terrorism.”
Turkish nationalists see Xinjiang as the easternmost frontier of Turkic ethnicity. Thousands of Uighurs live in Turkey.


GROWING TIES

Turkey has sought to boost ties with China, the world’s third-biggest economy. President Abdullah Gul last month became the first Turkish president to visit China in 15 years, signing US$1.5 billion (RM5.3 billion) worth of trade deals, according to Turkish media.

Gul also visited Xinjiang during his trip.

Xinjiang has long been a tightly controlled hotbed of ethnic tensions, fostered by an economic gap between Uighurs and Han, government controls on religion and culture and an influx of Han migrants. Uighurs make up almost half of Xinjiang’s 20 million people, but are a minority in the regional capital Urumqi.

More than 70 members of two “violent gangs” had been rounded up in Yining city, about 700km west of Urumqi, the semi-official China News portal (www.chinanews.com.cn) reported.

Beijing does not want to lose its grip on Xinjiang, a vast desert territory that borders Russia, Mongolia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Pakistan and India, has abundant oil reserves and is China’s largest natural gas-producing region.

China has blamed the ethnic unrest on exiled Uighur separatists. They deny the charges. — Reuters

Taksin lagi !

SIAPA TIPU SIAPA ? INI BERITA SEBELUMNYA – 7 JULAI 2009

MALAYSIAN POLICE DENY PRESENCE OF THAKSIN IN MALAYSIA KUALA LUMPUR, July 7 (Xinhua) -- Malaysian police have denied that former Thai prime minister Thaksin Shinawatra had appeared in Malaysia and then left, according to a local newspaper on Tuesday. Malaysian Police Inspector-General Musa Hassan denied that the Thai authorities had informed Malaysian police about the presence of Thaksin in the country, according to the New Straits Times. Thai Deputy Interior Minister Thaworn Sennian reportedly claimed on Monday that Thaksin was spotted in Malaysia, but escaped before the Malaysian authorities could arrest him. Thaworn also claimed that Thai embassy officials had informed the Malaysian authorities about Thaksin's presence but Thaksin had managed to escape. Thaksin was ousted in a Thai military coup in September 2006.

KAH KAH KAH…Kah kah kah… NAK SAMBUNG KERJA LAGI KE?...
kah kah kah..Kah kah kah.. BUATLAH CERIAT BETUL-BETUL...
kah kah kah..'Kah kah kah… NI CERITA MANA YANG BETUL? ..
kah kah kah..
Kah kah kah…. THAKSIN KELENTONG?...
kah kah kah..
Kah kah kah…. ATAU MUSA HASSAN KELENTONG ?...
kah kah kah

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 3:38:00 AM 0 ulasan

Tuesday, July 14, 2009

Thaksin: Saya dijaga SB M'sia


Jul 14, 09 12:46pm
Bekas perdana menteri Thailand yang dikehendaki di negaranya, Thaksin Shinawatra, mengesahkan beliau menginap semalaman di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini dan mendakwa mendapat perlindungan daripada anggota polis Cawangan Khas."Jet peribadi saya singgah untuk mengisi minyak di Malaysia dan mereka menghantar 20 anggota polis untuk mengawal saya. "Mereka sayang dan mengambil berat tentang saya," katanya seperti laporan akhbar The Nation yang memetik perbualan telefon beliau dengan stesen FM 97.5 di negara itu pagi semalam.
Awal bulan ini adalah kali pertama Thaksin dikesan berada begitu hampir dengan Thailand sejak beliau melarikan diri tahun lalu.Pihak berkuasa Thailand sebelum ini dilaporkan berkata Thaksin berada di Malaysia pada 4 Julai lalu dan berlepas ke Fiji pada hari berikutnya sebelum sempat pihak polis bertindak.Thaksin pulang ke Dubai, Jumaat lalu.

Awal minggu lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Thawon Sennian dilaporkan berkata, Thaksin berjaya melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia sewaktu berada di Kuala Lumpur baru-baru ini.Thaworn dilaporkan berkata, dalam insiden tersebut pegawai kedutaan Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa Thaksin ketika itu sedang menginap di Hotel Shangri-La."Pegawai-pegawai kedutaan (Thailand) memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung kehadiran Thaksin, namun entah bagaimana Thaksin dapat tahu mengenainya dan berjaya melepaskan diri," Thaworn dipetik berkata di Pattani pada 6 Julai lalu.Thaworn bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai insiden itu berlaku.


Monday, July 13, 2009

Majlis Amal Bersama Anak-Anak Yatim Darul Izzah : Cerita lanjut 2

http://joebangla.blogspot.com/2009/07/majlis-amal-bersama-anak-anak-yatim.html

Majlis Amal Bersama Anak-Anak Yatim Darul Izzah : Cerita lanjut

Setiap tahun, sekumpulan chatters dan pembaca blog ini yang bersembang di tagboard blog akan membuat satu gathering besar-besaran. Biasanya untuk menyambut Hari Raya. Diaorang nih dikenali sebagai Anak-Anak Ayam sebab tagboard tuh dipanggil Reban Ayam.

Aku selaku tokay blog, adalah Bapak Ayam, ekekekke. Tahun ini, Anak-Anak Ayam telah bersetuju untuk mengadakan satu perjumpaan yang besar, yang lebih bermakna, iaitu mengadakan Majlis Amal Dan Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim.

Dan sempena itu jugak, majlis yang biasanya di panggil Gathering atau Gegar Raya Reban Ayam, telah ditukar kepada RebanaMaya. Perkataan "Reban" ditukar menjadi "Rebana" dan perkataan "Ayam" diterbalikkan menjadi "Maya". Idea ini bukannya datang dari aku, ini semua datangnya dari diaorang diaekor?, aku cuma menjadi penyampai aje, sebagai orang tengah gitu. Sebab diaekor kata blog aku nih ramai jugak pembaca, dan aku pun seekor Bapak Ayam yang berpengaruh, ekekekeke.

Ok, ini detailnya:

Tarikh :Sabtu 12 Sept 2009, dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.

Tempat : Rumah Anak Yatim Darul IzzahLot 2191-2A, Pekan Makmur, 43650 Bandar Baru BangiSelangor Darul Ehsan.(Tel:03 - 89257263)

http://www.darulizzah.enetmyne.com

Yuran Peserta: RM 70

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan :

1. Sabtu 5 Sept: Shopping baju Raya untuk Anak-Anak Yatim. Ini adalah optional, sesiapa yang ada masa free untuk turut sama, sila berhubung dengan Arc (arc0472@yahoo.com.my) /DeLinn(delinn1612@yahoo.com) /Limah (biziah36@yahoo.com) /Melor (amer_lynne@yahoo.com>).

2. Sabtu 12 Sept: Sessi gotong royong di rumah Anak Yatim tersebut, membersih, mengemas dan membetulkan apa-apa yang patut. Para peserta digalakkan membawa bahan-bahan serta alatan pencuci sendiri. Highlight of the project adalah Majlis Berbuka Puasa Bersama penghuni Rumah Anak Yatim tersebut serta majlis pemberian cenderahati, duit serta barang derma. Untuk ini, setiap peserta dikenakan bayaran RM 70 untuk setiap dewasa.

Seterusnya, Sembahyang Tarawikh bersama penghuni rumah tersebut.Ok, ini aku detailkan apa-apa yang patut:1. Gathering ini bukan lah terhad kepada Anak-Anak Ayam, para chatters dan pembaca blog ini aje. Sesiapa saja dijemput dan dialu-alu untuk turut serta memeriahkan majlis yang mulia ini. Sebarkan makulmat ini supaya lebih ramai yang dapat turut serta.Segala bentuk derma sangatlah dialu-alukan. Wang ringgit, bahan makanan, pakaian, barang-barang keperluan harian, apa saja yang terlintas di hati. Penghuni rumah tersebut terdiri dari 29 kanak-kanak lelaki yang berumur di antara 6 sehingga 16 tahun. Macamana pun, derma dalam bentuk wang ringgit lebih diutamakan.

3. Sesiapa yang ingin turut serta, diminta untuk membuat pembayaran secepat mungkin ke account Delinn (delinn1612@yahoo.com), CIMB 14070518233521 - Hazlina Haron. Aku yakin korang akan berlumba-lumba untuk memasukkan duit penyertaan tanpa tangguh-tangguh sebab buat benda baik nih tak perlu ditangguh-tangguh kan. Jangan tunggu sehingga last minute pada 11 Ogos, sebab orang yang bayar last minit nih nampak macam tak ikhlas aje kan? Seperti yang dimaklumkan, bayaran adalah RM 70 seorang, dan kanak-kanak adalah percuma. Bayaran khas untuk sekeluarga boleh dibincangkan dengan Arc.

Sila inform Delinn/Arc setelah pembayaran dibuat dan simpan segala resit-resit pembayaran. Lebih elok kalau bayaran RM70 tuh digenapkan jadi RM 100 for example, selain yuran peserta, selebihnya dijadikan derma. Lagipun, DeLinn bukannya reti sangat mengira, kalau kasi RM 100 lebih senang dia nak kira, kan?

4. Makanan untuk berbuka Puasa akan dibuat secara catering, jadi tak perlu risau. Para peserta digalakkan juga untuk membawa makanan sendiri(Pot Luck) untuk lebih meriah, walaupun dengar katanya menu nya nanti adalah Nasi Tomato dan berbagai jenis lauk. Perlu diingatkan, makanan yang berlebihan tidak dibenarkan dibawa balik *jeling Sempoii, jeling Limah* , so lupakan hasrat untuk membawa plastik, tupperware etc untuk menapau macam di gathering-gathering yang selalu dibuat tuh.

5. Untuk pemberian cenderahati kepada Anak Yatim tersebut, sesiapa saja boleh turut serta untuk memenuhkan goodie bags. Bayangkan senyum gembira akan terukir di wajah diaorang nanti bila mendapat cenderahati. Cuma kena ingat, jumlah semua Anak Yatim tuh adalah 29 orang (lelaki kesemuanya jangan kasi bra pulak ekekekek), so kalau nak kasi stokin for example, sediakan 29 pasang stokin. Atau 29 batang pen, atau 29 buah buku, atau 29 biji laptops.

6.Bagi sesiapa yang berhajat untuk mengutip derma, sila dapatkan Surat Kebenaran Polis daripada Arc.Memandangkan RebanaMaya ini tidak didaftarkan, Surat Kelulusan Kebenaran Mengutip Derma tidak dapat dibuat. Oleh itu, derma bolehlah dibuat ke account DeLinn, atau mana-mana AJK yang lain. Semuanya ini adalah based on trust, so kalau kurang percaya, derma kan terus ke Rumah Anak Yatim Darul Izzah tu.

7.Itu ajelah kot buat masa ini, progress majlis ini akan diupdate dari masa ke semasa. Sesiapa saja dijemput untuk turut sama menjayakan Majlis ini. Terima Kasih yang tak terhingga aku lontarkan (ekekeke skema nya) kepada semua, terutama Wakame di Osaka yang menjadi pengerusi majlis ini, jugak kepada semua yang aku yakin akan melibatkan diri, tak dapatlah aku nak sebut satu persatu nama korang, kan?

Semoga usaha murni ini mendapat sambutan dan harapnya diberkati dan diterima Allah.

Amin

Umat Islam boleh semak arah kiblat Khamis ini..

TAWAU: Isnin, 13 Julai 2009 20 Rejab 1430

Umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman, atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini, jam 5.28 petang. Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said, berkata arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam. Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.

"Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya," katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri di sini, hari ini. Kursus anjuran ILIM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Mufti Negeri Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah itu dihadiri 44 orang peserta yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Menurut Omar, perubahan satu darjah saja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer. - Bernama

TPM: Undi BN dapat jambatan baru

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN. "

Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.

Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

Kejutan PAS esok !

Menurut penduduk kampung, jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal tahun 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya dipercayai hampir RM5 juta.Mengulas lanjut rancangannya itu, Muhyiddin berjanji akan membina jambatan baru itu sejurus sahaja Tuan Aziz menang dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini."Saudara jadi saksi, saya akan bangunkan jambatan itu selesai saja kita menang dalam pilihanraya pada 14 haribulan ini," katanya.

Pengumuman Muhyiddin mengenai jambatan baru itu dibuat selepas diwar-warkan beliau akan membuat pengumuman penting petang ini.Dalam ucapannya itu, Muhyidin turut berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai model "anak emas" kerajaan pusat, dengan menjadikannnya pusat "agropolitan" bagi memajukan penghasilan hasil taninya.Daripada lebih 12,000 pengundi di Manek Urai, sebahagian besar mereka bergantung rezeki kepada sumber pertanian, terutamanya menoreh getah.Esok, PAS pula dijadual membuat "kejutan besar" mereka. Kedua-dua tindakan tersebut dilihat sebagai "modal terakhir" kedua-dua pihak bagi memenangkan calon masing-masing.