Setiap tahun, sekumpulan chatters dan pembaca blog ini yang bersembang di tagboard blog akan membuat satu gathering besar-besaran. Biasanya untuk menyambut Hari Raya. Diaorang nih dikenali sebagai Anak-Anak Ayam sebab tagboard tuh dipanggil Reban Ayam.
Aku selaku tokay blog, adalah Bapak Ayam, ekekekke. Tahun ini, Anak-Anak Ayam telah bersetuju untuk mengadakan satu perjumpaan yang besar, yang lebih bermakna, iaitu mengadakan Majlis Amal Dan Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim.
Dan sempena itu jugak, majlis yang biasanya di panggil Gathering atau Gegar Raya Reban Ayam, telah ditukar kepada RebanaMaya. Perkataan "Reban" ditukar menjadi "Rebana" dan perkataan "Ayam" diterbalikkan menjadi "Maya". Idea ini bukannya datang dari aku, ini semua datangnya dari diaorang diaekor?, aku cuma menjadi penyampai aje, sebagai orang tengah gitu. Sebab diaekor kata blog aku nih ramai jugak pembaca, dan aku pun seekor Bapak Ayam yang berpengaruh, ekekekeke.
Ok, ini detailnya:
Tarikh :Sabtu 12 Sept 2009, dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.
Tempat : Rumah Anak Yatim Darul IzzahLot 2191-2A, Pekan Makmur, 43650 Bandar Baru BangiSelangor Darul Ehsan.(Tel:03 - 89257263)
http://www.darulizzah.enetmyne.com
Yuran Peserta: RM 70
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan :
1. Sabtu 5 Sept: Shopping baju Raya untuk Anak-Anak Yatim. Ini adalah optional, sesiapa yang ada masa free untuk turut sama, sila berhubung dengan Arc (arc0472@yahoo.com.my) /DeLinn(delinn1612@yahoo.com) /Limah (biziah36@yahoo.com) /Melor (amer_lynne@yahoo.com>).
2. Sabtu 12 Sept: Sessi gotong royong di rumah Anak Yatim tersebut, membersih, mengemas dan membetulkan apa-apa yang patut. Para peserta digalakkan membawa bahan-bahan serta alatan pencuci sendiri. Highlight of the project adalah Majlis Berbuka Puasa Bersama penghuni Rumah Anak Yatim tersebut serta majlis pemberian cenderahati, duit serta barang derma. Untuk ini, setiap peserta dikenakan bayaran RM 70 untuk setiap dewasa.
Seterusnya, Sembahyang Tarawikh bersama penghuni rumah tersebut.Ok, ini aku detailkan apa-apa yang patut:1. Gathering ini bukan lah terhad kepada Anak-Anak Ayam, para chatters dan pembaca blog ini aje. Sesiapa saja dijemput dan dialu-alu untuk turut serta memeriahkan majlis yang mulia ini. Sebarkan makulmat ini supaya lebih ramai yang dapat turut serta.Segala bentuk derma sangatlah dialu-alukan. Wang ringgit, bahan makanan, pakaian, barang-barang keperluan harian, apa saja yang terlintas di hati. Penghuni rumah tersebut terdiri dari 29 kanak-kanak lelaki yang berumur di antara 6 sehingga 16 tahun. Macamana pun, derma dalam bentuk wang ringgit lebih diutamakan.
3. Sesiapa yang ingin turut serta, diminta untuk membuat pembayaran secepat mungkin ke account Delinn (delinn1612@yahoo.com), CIMB 14070518233521 - Hazlina Haron. Aku yakin korang akan berlumba-lumba untuk memasukkan duit penyertaan tanpa tangguh-tangguh sebab buat benda baik nih tak perlu ditangguh-tangguh kan. Jangan tunggu sehingga last minute pada 11 Ogos, sebab orang yang bayar last minit nih nampak macam tak ikhlas aje kan? Seperti yang dimaklumkan, bayaran adalah RM 70 seorang, dan kanak-kanak adalah percuma. Bayaran khas untuk sekeluarga boleh dibincangkan dengan Arc.
Sila inform Delinn/Arc setelah pembayaran dibuat dan simpan segala resit-resit pembayaran. Lebih elok kalau bayaran RM70 tuh digenapkan jadi RM 100 for example, selain yuran peserta, selebihnya dijadikan derma. Lagipun, DeLinn bukannya reti sangat mengira, kalau kasi RM 100 lebih senang dia nak kira, kan?
4. Makanan untuk berbuka Puasa akan dibuat secara catering, jadi tak perlu risau. Para peserta digalakkan juga untuk membawa makanan sendiri(Pot Luck) untuk lebih meriah, walaupun dengar katanya menu nya nanti adalah Nasi Tomato dan berbagai jenis lauk. Perlu diingatkan, makanan yang berlebihan tidak dibenarkan dibawa balik *jeling Sempoii, jeling Limah* , so lupakan hasrat untuk membawa plastik, tupperware etc untuk menapau macam di gathering-gathering yang selalu dibuat tuh.
5. Untuk pemberian cenderahati kepada Anak Yatim tersebut, sesiapa saja boleh turut serta untuk memenuhkan goodie bags. Bayangkan senyum gembira akan terukir di wajah diaorang nanti bila mendapat cenderahati. Cuma kena ingat, jumlah semua Anak Yatim tuh adalah 29 orang (lelaki kesemuanya jangan kasi bra pulak ekekekek), so kalau nak kasi stokin for example, sediakan 29 pasang stokin. Atau 29 batang pen, atau 29 buah buku, atau 29 biji laptops.
6.Bagi sesiapa yang berhajat untuk mengutip derma, sila dapatkan Surat Kebenaran Polis daripada Arc.Memandangkan RebanaMaya ini tidak didaftarkan, Surat Kelulusan Kebenaran Mengutip Derma tidak dapat dibuat. Oleh itu, derma bolehlah dibuat ke account DeLinn, atau mana-mana AJK yang lain. Semuanya ini adalah based on trust, so kalau kurang percaya, derma kan terus ke Rumah Anak Yatim Darul Izzah tu.
7.Itu ajelah kot buat masa ini, progress majlis ini akan diupdate dari masa ke semasa. Sesiapa saja dijemput untuk turut sama menjayakan Majlis ini. Terima Kasih yang tak terhingga aku lontarkan (ekekeke skema nya) kepada semua, terutama Wakame di Osaka yang menjadi pengerusi majlis ini, jugak kepada semua yang aku yakin akan melibatkan diri, tak dapatlah aku nak sebut satu persatu nama korang, kan?
Semoga usaha murni ini mendapat sambutan dan harapnya diberkati dan diterima Allah.
Amin
Monday, July 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment