http://www.mazlumder.org/haber_detay.asp?haberID=6474
Pada 26-6-2009 pertubuhan menentang kezaliman di Turki telah mengadakan demonstrasi didepan kedutaan Thailand di Turki yang disertai lebih dari 300 orang membantah diatas kezaliman Siam keatas rakyat Melayu Patani. Demonstrasi ini dipimpin oleh Ahmad faruk Onsal ketua pertubuhan menentang kezaliman dan ahli parleman bagi parti kerajaan turki, demonstrasi Ini dibuat setelah pihak pertubuhan itu mendapati bahwa muslim di Patani telah di tembak mati didalam masjid sewaktu mengerjakan sembahyang berjamaah diwilayah naratiwat.. Sebelumnya, 10 hari dari mereka mengadakan demonstrasi didepan kedutaan Thailand di Ankara, Pihak petubuhan Turki telah menghantar document bantahan kepada kedutaan Thailand dan berharap pihak kedutaan dapat memberi penjelasan tentang pembunuhan itu.Malangnya pihak kedutaan tidak membagi respon diatas permintaan mereka. .
Diantara perkara-perkara yang mereka tujukan kepada kedutaan Thailand ialah;
· Pihak Pertubuhan minta berjumpa dengan duta Thai di turki meminta penjelasan serta
bagi document yang berkaitan dengan kezaliman tapi pihak kedutaan Thai tolak perkara tersebut.
· Negera thailand adalah negara penjajah .. Thailand sedang jajah Patani sejak beratus-ratus tahun dah lamanya.
· Minta kerajaan Thai berhenti dari berbuat kerja keji dan tiada peri kemanusiaan ini.
· Pihak pertubuhan tak akan lihat kezaliman ini sahaja bahkan akan bekerja kuat demi untuk keadilan rakyat Patani . Thailand hanya berusaha untuk menghapus kewujudan bangsa Melayu Patani.
Monday, June 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment