Tuesday, June 30, 2009

Tentera AS keluar dari Iraq hari ini

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2909793.asp

BAGHDAD: - Pasukan keselamatan Iraq mengetatkan lagi pusat pemeriksaan dan mengharamkan motosikal daripada melalui jalan raya di Baghdad sebagai persediaan menghadapi kemungkinan keganasan di bandar raya ini berikutan pengunduran pasukan tentera Amerika Syarikat (AS). :Namun usaha kerajaan mempertingkatkan kawalan pemeriksaan masih tidak mampu menghalang sebutir bom yang diletakkan di pinggir jalan yang menyasarkan konvoi AS daripada mencederakan enam orang awam di timur Baghdad. :Di barat Baghdad pula, sebuah kereta yang dimuatkan dengan bahan peledak menggegarkan kawasan letak kenderaan di akademi polis di sana dengan menyebabkan seorang pegawai polis terbunuh dan enam lain cedera. :Sementara itu, Parti Sunni Iraq yang bergabung dengan kerajaan Syiah pimpinan Perdana Menteri, Nouri al-Maliki menyifatkan tarikh 30 Jun yang bakal menyaksikan AS menarik balik pasukan tenteranya sebagai satu detik penting dalam sejarah negara ini. :Kerajaan Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki mengisytiharkan hari ini sebagai Hari Kedaulatan Kebangsaan dan cuti umum kepada penduduk di negara ini.: :"30 Jun adalah peristiwa penting bagi rakyat, keselamatan dan tahap politik di negara ini. Inilah perasaan yang dikongsi bersama dengan semua warga Iraq," kata jurucakap Barisan Perjanjian Iraq Sunni, Salim al-Jubouri. :Katanya lagi, kumpulan pengganas akan cuba menggugat penarikan semula tentera AS, tetapi kerajaan mampu menjamin keselamatan negara dengan keupayaan yang dimiliki pasukan tenteranya sendiri.

No comments:

Post a Comment