Monday, June 29, 2009

Seorang politikus yang menyisihkan ‘Kutty’nya

Oleh Haris Ibrahim
Khamis, 26 Mac 2009 12:32

(terjemahan daripada Bahasa Inggeris)

“Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggilah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu. Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. – Surah 33 Ayat 5, al-Quran
____________________________________
Saya selalu memahami Ayat 5 di atas untuk bererti bahawa anda tidak menukar nama seseorang itu supaya susur galur keturunannya lesap begitu sahaja apakala nama asalnya diubah.
Misalan kata, Leong Kim Soon menamakan anak lelaki sulungnya Leong Soon Kim. Soon Kim, bila cukup umur di sisi undang-undang, mengambil keputusan memeluk agama Islam.
Haruskah dia sekarang menukar namanya kepada Imran bin Abdullah?
Berlandaskan pengertian Ayat 5 di atas, jawapan saya ialah ‘Tidak’. Hanya mungkin seseorang maulaf itu ingin menambah ‘bin Abdullah’ untuk mengelakkan jenazahnya (dengan tidak sengaja) disemadikan mengikut upacara bukan-Islam pada waktu dia dikuburkan.
Nama ‘Leong Soon Kim bin Abdullah’ boleh diterima mengikut maksud ajaran Surah 33:5. Tiada apa-apa bahagian nama asal itu disingkirkan. Namanya yang termasuk ‘bin Abdullah’ masih menyatakan salasilah Soon Kim.
Ekoran huraian di atas, saya ada beberapa pertanyaan untuk dikemukakan.
Mengapa seorang doktor-politikus yang dikenali umum memilih untuk membuang ‘Kutty’ daripada namanya? Bukankah bapanya seorang India yang bergelar ‘Kutty’?
Barangkali langkah itu diambil supaya dia kelihatan lebih Melayu daripada orang Melayu jati, ya?
Dan mengapa orang itu asyik menggambarkan sendiri sebagai juara puak Melayu, sedangkan dia tidak mengambil endah tentang keadaan hidup melarat orang India yang berupa suku bangsanya pada belah keluarga bapa?
Nampaknya orang itu malu berketurunan India, bukankah begitu?
Barangkali dia merasa begitu perlu untuk menonjolkan diri lebih tulen daripada Melayu cap asli.
Ianya juga mungkin lebih wajar bagi orang itu – dan anak-anaknya yang menjejaki langkah bapa masuk politik untuk mangaut keuntungan menjadi kaya-raya – jikalau mereka berketerampilan ‘cukup Melayu’.
Diri sayapun berdarah kacukan, sama sahaja dengan Si Doktor itu. Ayah saya Melayu dan ibu orang Ceylonese. Saya Anak Bangsa Malaysia.
Tetapi Si Doktor itu sudah ternyata seorang rasis yang pelampau.
Di manakah dalam perjalanan agaknya kami menyimpang?
Versi asal rencana ini bertajuk ‘‘Here Kutty, Kutty, Kutty” diterbitkan pada March 24, 2009 dalam blog berjudul ‘The People’s Parliament’. Blogger Haris Ibrahim adalah seorang peguam dan aktivis.
Orang Malayalee paling masyhur pernah mendarat di George Town (ramai keturunan Malayalee dengan nama keluarga Merican, Pillai, Koya, dsb bermastautin di Pulau Pinang) ialah Iskandar Kutty, seorang pedagang yang berkahwin dengan Siti Hawa Iskandar -- seorang wanita Johor-Riau.
Anak mereka ialah Datuk Mohamad Iskandar, pengasas serta pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid di Kedah.
Tunku Abdul Rahman adalah di antara salah seorang anak murid Datuk Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan Malaysia dan Perdana Menteri keempat adalah anak kepada Datuk Mohamad and his isterinya Datin Wan Tempawan Wan Hanafi, seorang kaum kerabat Bendahara Kedah.
Cekupan dari ‘Doc, we found your Kutty, lah!’ (March 24, 2009, The People’s Parliament).

No comments:

Post a Comment